Tuesday, July 28, 2009

SU-Flanker - 2




-Rujukan untuk mereka yang gagal berimiginasi keadaan di pesawat pengangkut-




Krew dek KPPTAR cuba menenangkan Kamarul.Kamarul bangun dari duduknya.Lantas terus berlari ke unit udara.Kamarul menyerahkan tugas pemantauan kepada pembantu kanannya melalui radio.Pembantunya faham situasi Kamarul.Tugas Kamarul beralih tangan.

Kamarul berlari laju menuju ke unit siap sedia unit udara.Berlari laju sambil mengenangnya kembali detik-detik indahnya bersama Katrina.Matanya bergenang.Merah.Marah.Hampa.Kecewa.Dendam.Semuanya bersebati di dalam emosinya.

Setibanya di unit siap sedia,Kamarul terus menuju ke arah rak pakaian unit tempur.Dia menyarungkan pakaian tempur,sistem sokongan hidup,sut 'G' dan helmet.Mereka yang berada di dalam bilik dan tahu kejadian yang menimpa Kamarul,menyuruhnya bertenang.Ini kerana bagi mereka,sebarang pertempuran yang melibatkan emosi,akan membahayakan pejuang yang lain.Peperangan mestilah menggunakan taktik.Tidak boleh sesuka hati.

Namun semuanya sia-sia.Kamarul langsung tidak mengendahkan pesanan dan larangan mereka.Selesai mengenakan unit tempur,Kamarul bergegas ke dek penyediaan pesawat.Pengalamannya sebagai pemandu pesawat pejuang,dan pelatih membolehkannya menerbangkan pesawat pada bila-bila masa.

"Tuan! ini adalah arahan,Tuan tidak boleh menaiki pesawat ini." tegas unit penyediaan yang menghalang Kamarul.Kamarul langsung tidak peduli.Dia meluru laju ke arah sebuah pesawat,dan menolak pemandu pesawat yang masih muda,yang telah bersedia di tepi tangga pesawat.

"Ini bukan hari kamu.Biar saya tunjukkan mereka siapa kita." ujar Kamarul kepada pemandu pesawat tadi yang masih tercengang.Kamarul memasuki pesawat.Mengaktifkan semua sistem.Memeriksa semua sistem persenjataan,avionik,radar,komunikasi.Dia berpuas hati.

Di luar KPPTAR, kapal pemusnah mula mengambil langkah berjaga-jaga.Sebuah misil darat-ke-udara yang mereka lepaskan tadi tepat mengenai sebuah pesawat penceroboh.Tembakan yang menimbulkan kemarahan mereka.Di KPPTAR,radar mengesan pertambahan 8 lagi pesawat.Menjadikannya kepada 18 buah.KPPTAR berada di dalam bahaya.KPPTAR mendapat kebenaran dari panglima tentera laut untuk menggunakan kekuatan penuh untuk melawan sementara bantuan dihantar.

Sementara itu,pesawat SU-Flanker pertama bersedia berlepas di atas dek.Krew menetapkan posisi untuk pelepasan.Sebuah lagi bersedia untuk berlepas,berada di belakangnya.Setelah bersedia,pesawat dilepaskan.

Sejurus melepasi dek pelepasan,sebiji peluru berpandu menghentam pesawat tersebut.Letupan kuat kedengaran.Pihak musuh cuba menghalang pesawat pejuang berlepas.Tembakan sokongan untuk menghalang pesawat musuh dilepaskan.Pesawat kedua berlepas.Seperti pesawat pertama,ia juga ditembak ketika berlepas.

Pesawat musuh mula tiba di kawasan zon merah KPPTAR.Zon yang boleh membahayakan kapal.Zon merah adalah radius 10km persegi dari titik tengah KPPTAR.Kapal pengiring KPPTAR bertungkus lumus menghalau penceroboh tersebut.Suasana bingit dengan tembakan dan letupan.

Di sebalik kekecohan tersebut,pesawat Kamarul muncul dari bawah dek dengan menggunakan lif pengangkut pesawat.Kamarul mengambil posisi untuk berlepas.Pelancar telah dipasang pada pesawat.Krew memberikan isyarat untuk berlepas. Kamarul bersedia.Pesawat berlepas dan meluru laju ke hujung dek.Ketika hendak berlepas,sebuah pesawat penceroboh melepaskan sebiji peluru berpandu(misil) ke hujung dek berlepas.Bertujuan untuk menghalang Kamarul.

Kamarul berharap pada nasib.

Misil tadi meluru laju,dan menghentam hujung dek berlepas.Krew yang berada di hujung dek lesap ditelan bebola api yang besar.Pesawat Kamarul tidak kelihatan kerana terlindung di sebalik bebola api tersebut.Semuanya tergamam.Terdiam.Tiada siapa yang tahu adakah Kamarul terselamat dari letupan besar tersebut.

KPPTAR bergegar apabila menerima 'direct hit' dari letupan tersebut.Jauh di dalam bebola api tadi,krew di dek mula melihat kilauan.Kilauan besi.Semakin lama,semakin jelas.Ya,Kamarul telah terselamat dalam letupan tadi menjadi pesawat pertama yang berjaya berlepas. Krew dek bersorak meriah dan terus bersedia untuk perlepasan pesawat yang lain..Dek berlepas tidak terjejas teruk.

Kamarul memecut laju secara menegak ke atas.Dia mesti mempunyai ketinggian yang cukup untuk mengawasi ruang udara.Dia mesti melindungi pesawat lain yang akan berlepas.Itu tugasnya buat masa ini.Tugas yang akan menentukan menang atau kalah.Adalah mustahil untuknya melawan semua pesawat tersebut bersendirian.

Tugasnya yang kedua,membalas dendam.




bersambung............

5 comments:

  1. ish2..emo jugak si kamarul ni.aku dah mula bayangkan si kamarul ni mcm Ben Affleck dlm Pearl Harbour da..keep it up!!

    ReplyDelete
  2. LoL...... citer yg lain dari entri2 yg ko biasa buat.. ehehe..

    nk kena pakai imaginasi yg super tinggi neh..

    ReplyDelete
  3. terlalu teknikal buat aku yg x tau pasal pesawat2..keke

    ReplyDelete
  4. tu la pasal...
    aku pun tbayang pearl harbour...

    tp kenapa kamarul aku bygkan pakai spek, rambut sikat tepi...!?

    ReplyDelete
  5. leh tahan entri ne...
    harap2 ending dia x macam cte tkang kebun...
    klo x merana emosi aku....

    ReplyDelete