Wednesday, August 26, 2009

Rumah Sewa 3

Zaki bangun perlahan-lahan menuju ke dapur.Dilihatnya pinggan kaca berderai di atas lantai.Bersepah.Di sudut rumahnya,Zaki ternampak seekor kucing putih yang comel bersembunyi.Zaki tersenyum.

Zaki mengangkat kucing tersebut dan membawanya ke ruang tamu.Mungkin kucing tersebut lapar.Zaki menjamu kucing tersebut dengan keropok yang dibelinya siang tadi.Kucing tersebut makan dengan lahap.Mungkin itu adalah makanannya yang pertama untuk hari ini.Zaki menjamu keropok kepada kucing tersebut hingga habis.Selesai makan,kucing tersebut baring di sebelah Zaki.

"Ada jugak teman aku kat rumah ni.Baik aku bela." ujar Zaki sendirian.

Mulai dari malam tersebut,kucing menjadi teman Zaki di rumah.Balik dari kerja,dia akan belikan nasi untuk kucing tersebut.Sekali sehari nasi akan diberi.Bila pergi kerja,Zaki akan tuangkan makanan kucing di dalam bekas dan akan buka pintu tandas kalau-kalau kucing tersebut nak melepas.Penat jugak dia mengajar kucing buang air dalam bilik air.Seminggu lebih memaksa,baru kucing tersebut faham.

Satu malam,Zaki hendak ke kedai.Ketika keluar,dilihatnya Nini duduk bersendirian di dalam gelap.Zaki tidak dapat melihat muka Nini kerana dia duduk membelakanginya.

"Kena marah dengan ayah dia kot..." bisik hati Zaki sambil menghampiri Nini.

"Kenapa Nini duduk sorang-sorang kat sini?.." sapa Zaki ketika menghampiri Nini.

Nini memalingkan mukanya ke arah Zaki.















bersambung...........

Thursday, August 20, 2009

Rumah Sewa 2

Bila Zaki memandang ke arah suara kecil tadi,dia tersenyum.

Kelihatan seorang budak perempuan kecil berumur kira-kira 7 tahun berdiri tidak jauh darinya.Sangat comel budak perempuan tersebut.

"Ye dik....abang baru pindah sini.Rumah adik kat sebelah ni ye?" balas Zaki sambil cuba beramah mesra.

"Ha'ah....." jawab budak perempuan tersebut sambil tersenyum-senyum malu.

Zaki mengeluarkan coklat yang kebetulan baru dibelinya tadi dan menghulurkan kepada budak perempuan tersebut.

"Apa nama adik?"

"Nini..." ringkas budak perempuan tersebut menjawab sambil mengambil coklat dari tangan Zaki.Zaki hanya tersenyum.Nini terus berlari ke arah tangga dan terus ke taman permainan yang berada di tingkat bawah sebelah blok tersebut.Zaki hanya membiarkan Nini pergi.Zaki ada banyak kerja yang perlu diselesaikan.Rumah perlu dikemas.Lantai perlu dibasuh.

Setelah mengemas hampir 2 jam,Zaki tersandar keletihan.Penat betul rasanya.Namun penat yang dirasakan sebentar tadi hampir hilang apabila melihat rumahnya yang sudah bersih dan teratur.Jam sudah menunjukkan pukul 7 petang.Sudah hampir maghrib.

Setelah selesai mandi dan mengenakan pakaian yang bersih,Zaki duduk di ruang tamu sambil cuba mencari siaran tv.Siaran kabur.Nak tunggu Astro,besok la nampak gayanya pekerja baru nak datang pasang.Zaki ambil rokok sebatang dan menyalakannya dengan tenang.Disedutnya asap rokok tersebut dalam-dalam sambil cuba membetulkan antena tv.

Akhirnya,siaran TV3 jelas kelihatan.Berita TV3 baru sahaja bermula.Zaki menyandar di sofa.Sambil memberikan tumpuan penuh kepada berita yang sedang berlangsung,rokok di mulut disedut-sedut rakus,asap beracun diluahkan berkepul-kepul.

Puas rasanya.









PRANNNNNNGGGGGGGGG !!!!!!! bunyi kaca berderai di dapur...









bersambung..........

Monday, August 17, 2009

Rumah Sewa 1

"Hoh....ok jugak rumah ni".. ujar Zaki sambil masuk ke dalam rumah yang nak disewanya.

Sebelum ni dia sewa berempat dengan rakan-rakannya,tapi kali ni Zaki berseorangan.Semua sahabatnya ada komitmen masing-masing.Ada yang berkahwin,ada yang balik kampung,ada yang mula kerja dengan keluarga.

"Baiklah,saya setuju sewa rumah ni.Minggu depan saya pindah barang." Zaki berkata kepada tuan rumah sambil berjabat tangan.



******


Genap seminggu kemudiannya,Zaki datang semula.Penuh keretanya dengan barang-barang.Kunci rumah Zaki dah ambil semalam.

Zaki mengangkat satu persatu barang ke tingkat 3 rumah sewa barunya.Apartment 3 bilik tersebut memang sesuai dengannya.Nanti dia cari lah penyewa yang lain.Yang penting ada rumah.Penat mengangkat barang jangan cakap lah.Termengah-mengah Zaki dibuatnya.


"Hai abang.....baru pindah ke?" satu suara halus menegur Zaki.


Zaki yang sedang mengangkat almari pakaian bujangnya terkejut.Berhenti.Zaki meletakkan almari tersebut dan berpaling ke arah suara tadi.








bersambung......

Monday, August 3, 2009

SU-Flanker - 3 (TAMAT)

Pesawat kedua cuba berlepas.Kamarul melepaskan beberapa tembakan ke arah pesawat musuh,bertujuan untuk menghalau mereka.Pesawat kedua berjaya berlepas dan terus menyertai Kamarul mengawal ruang udara KPPTAR.

Dengan kawalan kedua pesawat SU-Flanker tadi,disertai pula sistem pertahanan udara KPPTAR serta kapal pemusnah yang mengiringi KPPTAR,pesawat lain mula berlepas dengan selamat.

"Kamarul,saya mahu kamu berada di dalam kumpulan.Jangan bertidak mengikut emosi." arahan diterima oleh Kamarul dari KPPTAR.

"Tuan,biar saya mati dari biarkan penceroboh ini mencabul ruang udara kita! " bentak Kamarul.Tegas.

"Saya arahkan kamu mengikut formasi tempur yang telah ditetapkan.Jangan bertindak melulu!" balas dari pusat pemerintah.

"Biar saya mati!" balas Kamarul.Penuh bersemangat!
















CUTTTTTTTT !!!!!!!


"Celaka,sesuka hati kamu bercakap.Mana ada dalam skrip! Kalau kamu mampus,macam mana aku nak buat sekuel filem ni nanti? Ini baru filem pertama.Bodoh! Ulang semula babak tadi! " jerit Karim Latip dari kerusi pengarah.

"Emo la ko ni Mamat...berlakon ikut skrip la.." sampuk Marlia yang melakonkan watak Katrina sambil mengelap-ngelap kesan darah buatan di bibirnya...






Mamat tersipu-sipu sambil membetulkan kedudukannya di dalam replika kapsul kokpit pesawat pejuang SU-Flanker.















P/s: Ok...aku dah abis bergurau dengan kamu.Pasni aku nak buat cerita serius pulak.Cerita merentap jiwa dan sanubari dan juga bari-bari...