Monday, December 28, 2009

Ibu - 1

"Ibu,Man mintak maaf kalau selama ni Man buat salah."
"Ish...apa Man merepek ni.Ibu tak faham." balas Mak Jah.Tangannya yang leka mengayam tikar terhenti seketika.Pandangannya tepat memandang anak bongsunya yang masih muda.Baru tamat tingkatan 5.

"Tak da lah...kalau-kalau Man ada buat salah,Man mintak ibu halalkan semua." manis muka Azman tersenyum.
"Dah,jangan nak merepek." Mak Jah mengomel.

Mak Jah adalah seorang yang tegas dalam mendidik anak.Kesemua 5 anaknya yang lain sudah bekerjaya di kota besar.Walaupun anaknya memberikan kemewahan,namun Mak Jah masih mengekalkan kehidupan cara kampung.Dia lebih selesa menjadi dirinya.

Di rumah,hanya dia dan Azman yang tinggal.Suaminya telah lama meninggal dunia.Segala sakit dan susah,Azman banyak membantu.Kelima-lima anaknya yang lain jugak mengambil berat akan Mak Jah walaupun mereka berada jauh darinya.Sebulan sekali mereka semua pasti akan berkumpul.Hubungan mereka sekeluarga sangat erat.


Bersambung...


Cerita ni takda sambungan.Ending dia aku risau takut hangpa pecahkan skrin komputer annti.hahahahaha...

Monday, December 14, 2009

Pengumuman

Berehat kejap.Tak sempat tulis cerita panjang.Tengah bizi.

Bizi macam Firaun.

Tuesday, December 1, 2009

Khalwat - 2 (TAMAT)

"Assalamualaikum!" sapa seorang lelaki berkemeja dari pintu kereta.
"Waalaikummussalam." balas Salim yang menunggu di atas motor.

Salim bersalaman dengan pegawai JAIS yang baru tiba.Mereka datang berempat seperti yang dijanjikan.Selesai berkenalan,mereka menuju ke rumah Salim untuk merancang strategi bagi memerangkap lelaki bujang yang disyaki berkhalwat di taman tersebut.

Setelah selesai membincangkan strategi,Salim melihat jam di dinding rumahnya.Jam sudah menunjukkan pukul 11 malam.Pada waktu macam ini lah lelaki tersebut akan pulang dari kerja.Jika bernasib baik,mereka mungkin akan dapat melihat lelaki tersebut membawa perempuan bersama.Salim semakin tidak sabar.

"Mari kita pergi." ajak Salim.

Mereka berlima meninggalkan rumah Salim.Ketika dalam perjalanan,Salim banyak menceritakan pengalamannya.Pegawai JAIS yang mengikuti hanya mendengar.Sekali-sekala dia akan menyampuk.

Ketika tiba di rumah lelaki bujang tersebut,mereka duduk bersembunyi di sebalik pokok yang terletak tidak jauh dari situ.Pegawai JAIS tadi mengarahkan dua dari mereka untuk berkawal di belakang rumah tersebut.

Ketika sedang menunggu,kelihatan lelaki bujang tersebut pulang dari kerja.Di sebelah kerusi penumpang,jelas kelihatan seorang perempuan.Salim tersenyum.Perangkapnya bakal mengena malam ini.Satu lagi kes khalwat akan terbongkar malam ini.

Kereta lelaki tersebut berhenti.

Kelihatan lelaki bujang tersebut keluar dari kereta.Salim dan pegawai JAIS tadi mula berbincang tentang serbuan.Semua telah disahkan dengan pandangan mata mereka.Selesai berbincang,mereka melihat semula ke arah lelaki bujang tadi.Kelihatan dia sedang membuka kunci rumah.Manakala perempuan tadi hanya menunggu di sebelahnya.Bersedia untuk masuk ke dalam rumah.

Pintu dibuka.Lelaki tadi masuk sambil diikuti oleh perempuan tadi.Pintu ditutup semula.

Pegawai JAIS memberikan isyarat supaya bersedia untuk menyerbu selepas tempoh 5 minit.Mereka menunggu dengan sabar.

5 minit berlalu.

Pegawai JAIS dan Salim menyerbu rumah tersebut.Bila tiba di depan rumah,pegawai JAIS mengetuk pintu berulang kali sambil memberikan salam.

Sunyi.

Pintu di ketuk lagi sambil pegawai JAIS tersebut memperkenalkan diri.Tiba-tiba pintu dibuka oleh lelaki bujang tadi.Mukanya pucat.Salim hanya tersengih.Pegawai JAIS meminta izin untuk masuk.Lelaki bujang tadi tidak melawan.Dia hanya mengikut segala arahan oleh pegawai JAIS tersebut.

"Apa kamu sedang buat?" soal pegawai JAIS.
"Saya nak pergi mandi." balas lelaki bujang tersebut.

"Mana pasangan kamu tadi?" soal Salim.
"Pasangan? Mana ada!" balas lelaki bujang tadi.

"Kamu jangan nak tipu.Kami dah kepung rumah ni.Dah berapa malam saya perhatikan kamu bawak balik perempuan kat rumah ni!" marah Salim.
"Tolong beri kerjasama kepada kami." arah pegawai JAIS.Lelaki bujang tadi kelihatan pucat.

"Abang nampak perempuan ikut saya tiap-tiap malam ke rumah ni?" soal lelaki bujang tadi.
"Ye lah.Abang yang kawal kawasan ni.Dah dekat sebulan abang tgk." balas Salim.

"Dia pakai baju kebaya perang,rambut bersanggul dan bawa tas tangan kan?" soal lelaki bujang tadi kepada Salim.
"Ye lah.Itu yang aku nampak.Sebab tu aku panggil JAIS." balas Salim sambil tersenyum.

"Itu tunang saya tu bang!" balas lelaki bujang tersebut.
"Oi..itu tunang.Bukan isteri engkau.Mana boleh.Tetap haram." balas Salim.




Sunyi...




"Sebenarnya,itulah pakaian tunang saya masa dia mati dalam kemalangan 2 bulan lepas.Ke mana saya pergi,dia akan ikut saya.Sebab tu saya kerap pindah.Kalau abang tak percaya,abang selongkarlah rumah ni puas-puas.Saya nak pergi dari sini." balas lelaki bujang tadi sayu.Matanya berkaca-kaca.Tangannya mula mencapai beg.

Di sudut dapur rumah yang kelam,kedengaran hilaian tawa yang menyeramkan.Lelaki bujang tadi semakin kuat menangis ketakutan.Badannya menggeletar.Digagahinya mencapai beg yang terletak di ruang tamu.

Pegawai JAIS dan Salim kaku.

BAMMMMMM !!!!

Bunyi pintu dihempas kuat secara tiba-tiba tanpa ada angin atau ribut.

Salim yang terkejut pitam serta merta di situ.









Hilaian tawa yang menyeramkan semakin galak kedengaran di segenap penjuru rumah tersebut.


Tamat.