Friday, October 16, 2009

DIA - 5 (TAMAT)



Pasang lagu ni sebelum baca.Baru feel kot.




"Dah setel semua barang ko?"
"Dah.Jom lah kita gerak." balas Rizman kepada Saiful.

"Sekejap je kan,tgk2 ko dah nak pergi ke oversea dah.Tiket pukul brapa? Ko turun KLIA dulu kan?"
"11 pagi.Sekarang baru pukul 8 pagi.Ha'ah.Turun sana dulu.Jumpa mak ayah aku.Ada banyak masa lagi.Slow-slow."

"Aisyah mana?"
"Dia on the way ke KLIA.Dia datang ngan mak ayah aku gak.Diorang gerak dari Melaka tadi."

"Dia ok ke ko nak tinggalkan dia nih?"
"OK kot." balas Rizman.

Suasana sunyi.Saiful memandu dengan tenang.Kereta yang dipandu Saiful melintasi jambatan Pulau Pinang dan menuju ke arah lapangan terbang.Tepat jam 11 pagi,Rizman berlepas ke KLIA.Sengaja dia turun di sana untuk berjumpa dengan Aisyah buat kali terakhir.Kebetulan mak dan ayah Rizman ada urusan di Kuala Lumpur,bolehlah Aisyah datang sekali.Kalau nak harapkan Aisyah memandu,boleh sesat dibuatnya.

Setelah turun dari kapal terbang,Rizman terus membuat panggilan kepada Aisyah.

"Aisyah da sampai? ada di mana ya?"
"Kat kawasan kaunter ni ha." balas Aisyah.

Rizman bergegas ke arah kaunter.Dilihatnya Aisyah sedang menunggu dengan setia.Rizman menyapa Aisyah dan bertanyakan pula di mana mak ayahnya ,Dato' Hashim dan Datin Kalsom berada.Aisyah menunjukkan ke arah sebuah restoran.

Rizman terus menuju ke arah mak dan ayahnya diikuti Aisyah.Rizman bersalaman dan menyampaikan salam Saiful yang berada di Pulau Pinang.Setelah berbual mesra dengan mak ayahnya,Rizman memegang tangan Aisyah dan mereka beredar agak jauh dari restoran tersebut.


"Riz pasti dengan cara ni semuanya akan selesai?" Aisyah memulakan bicara.
"Ya Aisyah.Riz yakin.Ini sahaja caranya.Selagi Riz bersama Aisyah,Riz tak tahu macam mana dengan masa depan Aisyah."

"Aisyah tak boleh lupakan Riz."
"Riz pun sama.Tapi kita kena cuba.Jika kita teruskan,tidak ada makna."

"Kenapa nasib kita macam ni Riz.Aisyah seksa sangat."
"Riz pun sama.Oh ya,Saiful kirim salam.Riz harap,Aisyah cuba lah bagi peluang kepadanya."

Aisyah tunduk ke lantai.Air matanya mula bergenang.

"Aisyah.Semuanya telah ditetapkan.Kita kena berusaha ok?"
"..............." Aisyah tidak mampu berkata-kata lagi.Dia tidak mampu untuk melepaskan Rizman yang paling disayanginya.Rizman yang selalu bersamanya sejak dari kecil.Susah senang diharungi bersama.Hanya sedu yang kedengaran.

"Dengarlah Aisyah.Cinta itu boleh terkena kepada sesiapa sahaja.Percayalah,semua ini bukannya disengajakan.Riz betul-betul sayangkan Aisyah.Lebih dari segalanya.Namun,demi masa depan Aisyah juga,kita perlu berpisah.Tak guna memilih jalan yang tiada penghujungnya.Bukalah hati Aisyah.Cuba terima orang lain selain Riz." Rizman memujuk Aisyah.Aisyah hanya terdiam.Kaku.

Dari jauh,Datin Kalsom dan Dato' Hashim menggeleng-gelengkan kepala melihat gelagat Aisyah dan Rizman.Mereka menuju ke arah Rizman dan Aisyah setelah selesai membayar makanan di restoran tersebut.

"Ha Riz...tu pesawat dah nak berlepas tu.Jangan sampai tertinggal pulak.Sampai sana,call kami.Jaga diri baik-baik di negara orang.Selalu sampai khabar berita." Datin Kalsom memberikan nasihat.

"Duit belanja cukup tak? Nanti ayah masukkan ye." Dato' Hashim pula bersuara.

"Cukup ayah.Mak,ayah,Riz pergi dulu ya.Tolong tengok-tengokkan Aisyah ni sama ye mak ayah." Pesan Rizman kepada mak ayahnya sambil bersedia meninggalkan mereka.

"Aisyah....ingat pesan Riz tadi...ok?" Rizman sempat memberikan peringatan terakhir kepada Aisyah sebelum dia pergi.Aisyah sebak.

"Mak,ayah,Riz pergi dulu ya.Assalamualaikum." Rizman pergi sambil melambaikan tangan kepada Dato' Hashim,Datin Kalsom dan kepada insan yang dicintainya....Aisyah.

Sejurus Rizman hilang di pandangan,Aisyah terus menitiskan air matanya.Hatinya terlalu sebak.Dia tidak menyangka,kasih sayang yang disemai selama ini akan berakhir seperti ini.

"Aisyah? Kenapa dengan kamu ni?" Datin Kalsom bersuara.
"Ha'ah...kenapa kamu nampak lain macam?" Dato' Hashim pula bersuara.

"Mengada-ngada lah kamu ni.Mak tahu,kamu dan adik kembar kamu tu memang rapat.Riz pegi belajar dua atau tiga tahun ja.Bukan tak nak balik terus.Macam pasangan kekasih pulak kamu berdua ni.Tahun depan kita pegi melawat adik kamu tu ya? Dah,jom balik." bebel Datin Kalsom.

"Macam-macam lah anak kembar ayah berdua nih.Jom balik.Ni mak kamu punya pasal lah ni,ayah nak buat anak ramai-ramai,dia tak nak.Kalau anak ramai,tak lah manja macam ni." Dato' Hashim tersengih-sengih ke arah Datin Kalsom.

Satu cubitan hinggap di badan Dato' Hashim.Nampak sangat bahagia.Namun tidak bagi Aisyah.Hatinya sengsara.Kalaulah mak dan ayahnya tahu perkara sebenar.Dia bersyukur,hanya dia dan Rizman yang mengetahui perkara ini.Jika tidak,tentu perkara lebih rumit akan terjadi.

Aisyah mula mengalah,betul cakap Rizman,biar sedalam mana cintanya terhadap Rizman,mereka tidak mungkin akan bersatu.Hubungan mereka hanya setakat adik beradik kembar.Tidak lebih dari itu.Jika dia dan Rizman berjaya mengawal perasaan yang berputik ketika di sekolah dahulu,mungkin mereka tidak akan terseksa sebegini.

Betul kata Rizman,cinta itu boleh terkena kepada sesiapa sahaja.Kini,Aisyah perlu menerima hakikat itu.Dia berterima kasih kepada Rizman,adik kembarnya,kerana sanggup berpisah jauh untuk membetulkan apa yang salah.Satu pengorbanan yang Aisyah tidak akan sia-siakan.Hampir sebulan dia memaksa dirinya menerima hakikat tersebut,akhirnya ia mula menampakkan kesan.

Ketika tiba di luar kawasan lapangan terbang,Aisyah meminta Dato' Hashim memberhentikan kereta di tepi jalan.Dia mahu melihat Rizman Berlepas.Dato' Hashim mengikut sahaja permintaan anaknya itu.

Aisyah berjalan menuju ke arah pagar lapangan terbang.Dia memandang jauh ke arah hujung landasan.Pesawat yang dinaiki Rizman sedang bersedia untuk berlepas.Air mata Aisyah sedikit bergenang.Ditahannya.

Pesawat mula bergerak.Semakin laju.Semakin pantas.Akhirnya berangkat meninggalkan bumi Malaysia.

"Terima kasih Riz........Ya tuhan.Berkatilah dia....." sayu dan lembut suara Aisyah mengiringi pemergian Rizman.


TRUTTT TRUTTT....ada SMS masuk ke dalam hp Aisyah.

"Hai Aisyah....buat apa tu? (^_^) " sms ringkas dari Saiful.Aisyah menguntum senyum.






Dan angin Laut Selat Melaka terus bertiup.




DIA - 4

"Ciss....ko buat aku terkejut la..bagi salam tak boleh ke.." balas Rizman kepada Saiful,teman serumah merangkap temannya sejak kecil.
"Dah ko menung jauh sangat,malas aku nak kacau." Saiful membebel sambil duduk di sebelah Rizman.

"Ye lah ye la..ni ko pegi mana balik lewat-lewat ni?"
"Aku pegi mancing kat kolam ikan tu ha."

"Dapat ikan?"
"Tak dapat pun."

"Mancing ikan pun tak dapat....tak heran le makwe pun takda lagi sampai sekarang...haha.."
"Woi woi woi......main kasar nampak...."

"HAHAHAHA....ala..gurau sket pun dah tak boleh?"
"Takkkk......"

"Ala...gurau ja ha...amik ati pulak"..
"Ye lah ye lah....ha...camna ngan plan ko nak sambung blaja tu....jadi?"

"Ha'ah....aku memang nak pegi.Bulan depan daftar.Dah 2 bulan aku pikir."
"Bagus la tu.Kang jgn lupa aku pulak.Ha,Aisyah tahu tak ko nak pergi oversea ni?"

"Aku baru cakap ngan dia tadi.Dalam SMS."
"Dalam SMS? Ko pegi Mlaka semalam ko tak cakap?"

"Aku tak sampai hati la nak cakap depan-depan ngan dia."
"Ye lah,korangkan memang rapat gila dari sekolah lagi.Tak pa,aku paham.Mesti dia sedih kan berjauhan dengan ko."

"Ko suka tak kat Aisyah Saiful?" Rizman memberikan soalan cepu emas kepada Saiful.

Saiful terdiam seribu bahasa.Dia menelan-nelan air liur.Ye lah,Rizman memang rapat dengan Aisyah.Itu yang membuatkan Saiful agak segan.

"Suka jugak.Ko nak aku tengok-tengokkan dia masa ko pergi?" soal Saiful.
"Ko lah orang paling aku percaya.Aku rasa ko lah orang yang paling layak dengan dia Saiful.Cuba-cuba lah dekati dia.Jaga lah dia sebaik-baiknya.Aku terpaksa lakukan semua ini." balas Rizman sambil memegang bahu Saiful.

Saiful tersentak dengan kelakuan Rizman.Adakah itu satu bentuk restu dari Rizman kepadanya? Tapi bagaimana dengan Aisyah? Mahukan Aisyah kepadanya? Saiful tahu,selama ini hanya Rizman yang bersama Aisyah.Tidak pernah dia melihat orang lain yang menghampiri Aisyah.Jika ada pun semua ditolaknya ketepi.

Saiful berdebar.




Thursday, October 15, 2009

DIA - 3

Rizman membaca SMS kedua.

"Hai Riz.Dah sampai? Penat tak?"

Rizman tersenyum.SMS dari Farah,teman sepejabatnya berjaya membuatkan fikirannya berhenti dari memikirkan masalahnya sebentar tadi.Rizman mencari nombor Farah dan terus menghubunginya.Panggilan Rizman diangkat.

"Sorry kalau ganggu Riz.Farah SMS je.Nak call kang takut Riz dah tidur.Sori sangat kalau ganggu Riz."panjang lebar Farah menerangkan kepada Rizman.Risau juga kalau Rizman sudah tidur.

Rizman tersenyum.

"Tak adalah farah,baru sampai tadi.Tengah menonton TV ni ha.Tak mengantuk lagi.Farah buat apa tak tidur lagi ni? " balas Rizman mesra.

"Tak buat apa-apa.Tak boleh tidur lah.Bosan.Tu yang sms Riz tadi.Saja tanya kalau-kalau dah sampai ke belum.Tak tahu nak buat apa.Dah le besok cuti."

"Kenapa? Nak ajak Riz keluar ke besok? haha..."
"Jom! I belanja Riz.Nak? " pantas Farah mencelah.

"Hummm.....kat mana nak pegi? Queensbay? " duga Riz.
"Ha..ok jugak! Kita pegi sana lah! Dah lama Farah tak naik jambatan Penang."

"Ok lah,besok Riz jemput Farah..."
"Ok Riz,jumpa besok ya! Nite..."

"Nite Farah." balas Rizman.Perbualan dimatikan.

Rizman berjalan tenang menuju ke tingkap rumahnya.Dibukanya tingkap.Angin laut Selat Melaka menderu masuk.Meniup lembut mukanya.Sama rasanya seperti berada di Pantai Kundur,Melaka bersama Aisyah siang tadi.

Hati Rizman semakin berdebar memikirkan perasaan Aisyah.Gadis yang sangat disayanginya.Namun,demi kebahagian Aisyah,mereka perlu berpisah walaupun sudah lama mereka berkasih sayang.Itulah kenyataan yang perit harus diterima oleh Rizman.Dia tidak mahu melihat Aisyah sengsara sehingga akhir hayat.Aisyah perlu belajar menerima orang lain selainnya.Dan Rizman juga perlu cuba melupakan Aisyah.

Pedih.Perit.Terseksa.

Pada masa yang sama,nun jauh di selatan tanah air,Aisyah merenung jauh ke luar jendela.Membiarkan angin Laut Selat Melaka meniup muka dan rambutnya yang mulus.Matanya merenung jauh ke langit yang dihiasi bintang-bintang.Hatinya terlalu rindukan Rizman.Walaupun berpeluang berjumpa setiap minggu,namun Aisyah dapat merasakan Rizman cuba menjauhkan diri daripadanya.Ya,Aisyah mula menyedari perubahan Rizman.

Aisyah cuba mengingati pesanan Rizman ketika mereka berjumpa tadi.Rizman memintanya untuk cuba menerima sahabat baik mereka sejak kecil sebagai penggantinya.Sahabat sepermainan mereka sejak kecil.Saiful.Hati Aisyah tidak semudah itu untuk melupakan Rizman.Terlalu banyak kenangan mereka bersama.Hanya orang yang tidak berperasaan sahaja yang boleh berbuat begitu.Walaupun Saiful pernah menunjukkan minat kepadanya,perasaan Aisyah terlalu utuh buat Rizman.

Aisyah menundukkan kepalanya.Terlalu berat masalahnya kali ini.

Dan malam terus berlalu.Angin Laut Selat Melaka terus bertiup.Bertiup melepasi dua insan yang sedang berduka lara walaupun masing-masing terpisah jauh.....


TRUTTT TRUTTT..... bunyi SMS masuk.

Aisyah membuka SMS tersebut.SMS dari Rizman.

"Riz rasa,mungkin Riz akan sambung belajar ke luar negara bulan depan.Permohonan yang Riz hantar dulu berjaya.Cuma Riz tak ceritakan kepada Aisyah.Minggu depan kita bincang ya?Mungkin dengan menjauhkan diri Riz dari Aisyah...semua ni akan dapat kita lalui dengan lebih mudah."

Manik-manik halus kelihatan di mata Aisyah.Sedu yang ditahan mula bertukar menjadi tangisan.Hatinya tidak dapat membayangkan hidupnya tanpa kasih sayang Rizman.Di malam yang sunyi,kedengaran esakan halus Aisyah.Esakan menahan duka dan lara.Duka yang tidak pasti bila akan sembuh.


**************

Rizman terbaring lemah.Runsing dia memikirkan bagaimana perasaan Aisyah bila membaca SMS yang dihantarnya sebentar tadi.Mungkin inilah takdir mereka.

Ya,hidup perlu diteruskan.








"Oiii Riz....mengelamun! Bila ko sampai?"

Bersambung...

Wednesday, October 14, 2009

DIA - 2

Setelah tiba di Butterworth,Rizman menurunkan beg dari keretanya.Perjalanan dari Melaka agak memenatkan.Rizman membawa begnya ke dalam biliknya.Setelah siap meletakkan barang-barang,Rizman pergi mandi.

Jam menunjukkan pukul 2 pagi.

Rizman keluar dari bilik.Badannya segar selepas mandi.Besok masih cuti.Rizman pergi ke ruang tamu,hidupkan TV dan menonton rancangan kartun.Bosan menonton kartun,Rizman menukar ke rancangan lain.Nasib baik ada Astro.Banyak jugak pilihan.

Biar banyak rancangan silih berganti,fikiran Rizman masih tidak tenang.Masalah yang menghantuinya sangat berat.Masalah yang melibatkan hati dan perasaan memerlukan percaturan yang bijak.Jika salah langkah,boleh mengakibatkan sengsara.

Kisah cinta dan perasaannya kepada Aisyah bukanlah perkara baru.Kisah mereka sudah lama.Terlalu lama untuk dipandang ringan.Namun mereka bijak merahsiakan perasaan mereka.Hanya hati budi mereka sendiri yang tahu.Perasaan peribadi mereka bukanlah untuk tatapan orang lain.Cukup untuk mereka berdua sahaja.

Rizman mula mengenangkan detik-detik indah ketika mereka masih di sekolah.Makan bersama-sama di kantin.Pergi dan pulang dari sekolah bersama-sama.Ulangkaji matapelajaran bersama-sama.Berjaya menjejakkan kaki ke menara gading bersama-sama.Ya,mereka seperti belangkas.Tidak dapat dipisahkan.Namun mereka bijak mengawal keakraban mereka agar tidak nampak keterlaluan.

Kini,masing-masing mula memikirkan kesannya.Kesan yang pasti tidak dapat dielakkan.Rizman terpaksa membuat keputusan demi kebaikan Aisyah.

Ya,Aisyah adalah antara pelajar perempuan tercantik yang pernah ditemui Rizman.Masih ingat lagi dengan jelas,bagaimana Aisyah tidak melayan semua jejaka yang mendambakan kasih sayangnya.Semuanya ditolak demi Rizman.Ada juga pinangan yang ditolak dengan baik.Juga demi Rizman.

Rizman juga apa kurangnya.Berpewatakan segak dan kemas,berkulit putih,bermuka kacak,ramai juga gadis cuba mendampinginya.Namun hatinya tetap kuat kepada Aisyah.Hanya Aisyah di hatinya.Rayuan dan godaan gadis-gadis lain langsung tidak berjaya mengusik hatinya.Begitu kuat kasih sayang antara Rizman dan Aisyah.

"Aku perlu selesaikan semua ini sebelum terlambat." ujar Rizman bersendirian di atas sofa.

Hatinya pilu mengenangkan nasib dirinya.Namun,semua itu perlu dihadapi.





TRUTTT!! TRUTTTTT!! Bunyi SMS masuk ke dalam hp Rizman.Rizman memerhatikan nama penghantar SMS tersebut.Tertera nama Aisyah.Rizman membuka SMS tersebut.

"Saya rindu awk...minggu depan jumpa lagi ya?" ringkas sekali SMS dari Aisyah.

TRUTTTT!! TRUTTTTT!!! Satu lagi SMS masuk.




Bersambung.....

Tuesday, October 13, 2009

DIA - 1

"Macam mana,suka tak kat dia?" soal Rizman kepada Aisyah.
"Aisyah tak boleh terima dia." balas Aisyah.

"Dialah orang terbaik yang Riz pernah kenal.Riz tahu hati budi dia.Riz hanya mahukan yang terbaik untuk Aisyah." balas Rizman dengan tenang.Sambil angin laut Selat Melaka memupuk lembut ke arah mereka berdua.Sikap Rizman yang tenang itulah antara sebab yang membuatkan Aisyah jatuh hati.Jika ada masalah,Rizman memang bijak mengenepikan segala emosi dan hanya menumpukan kepada jalan penyelesaian.

Petang yang tenang.Sangat tenang.Laut menghempas pantai.Kanak-kanak riang bermain di gigi air.Petang itu,Pantai Kundur setenang seperti hari-hari yang lain.Namun begitu,ketenangan petang tersebut tidak dapat meredakan gelora di antara mereka berdua.

"Riz,boleh tak hentikan semua ini.Aisyah hanya mahu setia pada Riz.Boleh?" rayu Aishah.
"Tak perlu lah buat perkara sia-sia Aisyah."balas Rizman sambil tersenyum lembut.

Masing-masing memandang ke arah laut.Laut lepas yang luas.Seluas kasih sayang antara mereka.Kasih yang dipupuk semasa masih bersekolah.Semasa di universiti.Terlalu lama mereka menyayangi antara satu sama lain.Terlalu lama.Kini masing-masing sudah mempunyai karier masing-masing.Walaupun berjauhan,seminggu sekali mereka mesti berjumpa di Pantai Kundur.Pantai yang menjadi saksi kepada perhubungan mereka selama ini.

"Kalau kita kawin? Macam mana?" Aisyah menyoal Rizman.
"Hmmm...." Rizman hanya tersenyum sinis cadangan Aisyah tadi.

"Mari kita balik.Nanti gelap pula." pinta Rizman dengan lembut.
"Ok..." Aisyah mencebik.

Mereka berdua meninggalkan pantai dan menuju ke arah kereta Rizman yang diletakkan di seberang jalan.Berjalan beriringan.Sesekali mengusik sesama sendiri.Begitu mesra.Begitu akrab.

"Rizz......." Aisyah bersuara lembut...
"Ya Aisyah....ada apa?" balas Rizman dengan sepenuh perhatian.



Sepi....





"Saya sayang awak......"








Bersambung.....