Thursday, October 15, 2009

DIA - 3

Rizman membaca SMS kedua.

"Hai Riz.Dah sampai? Penat tak?"

Rizman tersenyum.SMS dari Farah,teman sepejabatnya berjaya membuatkan fikirannya berhenti dari memikirkan masalahnya sebentar tadi.Rizman mencari nombor Farah dan terus menghubunginya.Panggilan Rizman diangkat.

"Sorry kalau ganggu Riz.Farah SMS je.Nak call kang takut Riz dah tidur.Sori sangat kalau ganggu Riz."panjang lebar Farah menerangkan kepada Rizman.Risau juga kalau Rizman sudah tidur.

Rizman tersenyum.

"Tak adalah farah,baru sampai tadi.Tengah menonton TV ni ha.Tak mengantuk lagi.Farah buat apa tak tidur lagi ni? " balas Rizman mesra.

"Tak buat apa-apa.Tak boleh tidur lah.Bosan.Tu yang sms Riz tadi.Saja tanya kalau-kalau dah sampai ke belum.Tak tahu nak buat apa.Dah le besok cuti."

"Kenapa? Nak ajak Riz keluar ke besok? haha..."
"Jom! I belanja Riz.Nak? " pantas Farah mencelah.

"Hummm.....kat mana nak pegi? Queensbay? " duga Riz.
"Ha..ok jugak! Kita pegi sana lah! Dah lama Farah tak naik jambatan Penang."

"Ok lah,besok Riz jemput Farah..."
"Ok Riz,jumpa besok ya! Nite..."

"Nite Farah." balas Rizman.Perbualan dimatikan.

Rizman berjalan tenang menuju ke tingkap rumahnya.Dibukanya tingkap.Angin laut Selat Melaka menderu masuk.Meniup lembut mukanya.Sama rasanya seperti berada di Pantai Kundur,Melaka bersama Aisyah siang tadi.

Hati Rizman semakin berdebar memikirkan perasaan Aisyah.Gadis yang sangat disayanginya.Namun,demi kebahagian Aisyah,mereka perlu berpisah walaupun sudah lama mereka berkasih sayang.Itulah kenyataan yang perit harus diterima oleh Rizman.Dia tidak mahu melihat Aisyah sengsara sehingga akhir hayat.Aisyah perlu belajar menerima orang lain selainnya.Dan Rizman juga perlu cuba melupakan Aisyah.

Pedih.Perit.Terseksa.

Pada masa yang sama,nun jauh di selatan tanah air,Aisyah merenung jauh ke luar jendela.Membiarkan angin Laut Selat Melaka meniup muka dan rambutnya yang mulus.Matanya merenung jauh ke langit yang dihiasi bintang-bintang.Hatinya terlalu rindukan Rizman.Walaupun berpeluang berjumpa setiap minggu,namun Aisyah dapat merasakan Rizman cuba menjauhkan diri daripadanya.Ya,Aisyah mula menyedari perubahan Rizman.

Aisyah cuba mengingati pesanan Rizman ketika mereka berjumpa tadi.Rizman memintanya untuk cuba menerima sahabat baik mereka sejak kecil sebagai penggantinya.Sahabat sepermainan mereka sejak kecil.Saiful.Hati Aisyah tidak semudah itu untuk melupakan Rizman.Terlalu banyak kenangan mereka bersama.Hanya orang yang tidak berperasaan sahaja yang boleh berbuat begitu.Walaupun Saiful pernah menunjukkan minat kepadanya,perasaan Aisyah terlalu utuh buat Rizman.

Aisyah menundukkan kepalanya.Terlalu berat masalahnya kali ini.

Dan malam terus berlalu.Angin Laut Selat Melaka terus bertiup.Bertiup melepasi dua insan yang sedang berduka lara walaupun masing-masing terpisah jauh.....


TRUTTT TRUTTT..... bunyi SMS masuk.

Aisyah membuka SMS tersebut.SMS dari Rizman.

"Riz rasa,mungkin Riz akan sambung belajar ke luar negara bulan depan.Permohonan yang Riz hantar dulu berjaya.Cuma Riz tak ceritakan kepada Aisyah.Minggu depan kita bincang ya?Mungkin dengan menjauhkan diri Riz dari Aisyah...semua ni akan dapat kita lalui dengan lebih mudah."

Manik-manik halus kelihatan di mata Aisyah.Sedu yang ditahan mula bertukar menjadi tangisan.Hatinya tidak dapat membayangkan hidupnya tanpa kasih sayang Rizman.Di malam yang sunyi,kedengaran esakan halus Aisyah.Esakan menahan duka dan lara.Duka yang tidak pasti bila akan sembuh.


**************

Rizman terbaring lemah.Runsing dia memikirkan bagaimana perasaan Aisyah bila membaca SMS yang dihantarnya sebentar tadi.Mungkin inilah takdir mereka.

Ya,hidup perlu diteruskan.








"Oiii Riz....mengelamun! Bila ko sampai?"

Bersambung...

2 comments:

  1. cessssss.......... aku syak neh campurtgh keluarga.. hubungan tak direstui

    ReplyDelete