Friday, December 31, 2010

Persimpangan Kasih - 1

Shukri memberhentikan keretanya perlahan-lahan.Lampu isyarat mula bertukar merah.Dengan tenang,beliau menyalakan rokok.Angin sepoi-sepoi bahasa.Hari yang sangat tenang.

Penat beliau memikirkan keputusan yang dilakukannya semalam.Perpisahan bukanlah jalan terbaik untuk mereka berdua.Namun,jika hampir setiap hari bergaduh,ianya merupakan risiko yang tinggi untuk meneruskan hubungan mereka.

Shukri menghela nafasnya.Lampu isyarat masih merah.

Dalam ketenangan pagi tersebut,dengan jelas,Shukri mendengar ada sebuah kenderaan di belakangnya sedang melakukan brek kecemasan.Jalan di belakangnya yang menuruni bukit memang perangkap maut kepada mereka yang cuai.

Shukri memalingkan mukanya ke belakang.

Kelihatan sebuah kereta gagal dikawal dengan kemas.Kereta tersebut menjunam laju dan menghentam pembahagi jalan tidak jauh darinya.

Suasana sunyi sepi.Kereta yang melanggar pembahagi jalan tadi mula berasap.Tanpa membuang masa,Shukri keluar dari keretanya dan berlari laju ke arah kenderaan yang terbabas tadi.

Ketika tiba,kelihatan pemandu kereta tadi,seorang lelaki.Di sebelahnya,ada seorang gadis.Pemandu tadi cedera parah.Nasib menyebelahi gadis di sebelah apabila dia kelihatan tidak cedera teruk.Hanya calar dan lebam sahaja.Namun begitu,mukanya kelihatan cemas dan penuh ketakutan.

Shukri membuka pintu kereta dan cuba untuk mengeluarkan pemandu lelaki tadi.Kelihatan,pemandu tadi cedera teruk.Shukri mengeluarkan pemandu tadi perlahan-lahan.Kereta semakin berasap.

Ketika sedang mengeluarkan pemandu tersebut,Shukri mendapati pemandu tadi cuba bercakap kepadanya.Tapi tidak berdaya.Hanya matanya mengarahkan ke arah gadis yang sedang ketakutan tadi.

"Tak apa bang.Dia selamat.Jangan risau.Sekarang ni...saya nak bawa abang keluar dulu ok?" balas Shukri.Baginya,pemandu tersebut perlu diselamatkan dahulu.Keadaannya parah.

Setelah berjaya mengeluarkan pemandu,Shukri bergegas menarik keluar gadis tadi yang terperangkap.Setelah berjaya mengeluarkan mereka berdua,Shukri pantas menelefon nombor kecemasan.Selesai menghubungi nombor kecemasan tadi,Shukri bergegas semula ke arah gadis dan pemandu tadi.

Kelihatan pemandu tadi begitu tenat.Darah membasahi pakaiannya.Gadis di sebelah pemandu tadi,hanya mampu menangis teresak-esak.Shukri tidak tahu adakah pemandu tersebut kekasihnya,mahupun suaminya.

Kereta yang terlibat tadi mula terbakar.Shukri bergegas mengalihkan pemandu tadi menjauhi kereta yang sedang terbakar.Jika Shukri tidak berada di tempat kejadian,mungkin mereka berdua sudah rentung.

"To...to...tolonggg.....sa....sakit..." lemah suara pemandu tadi.
"Sabar bang...sabar.Ambulan dalam perjalanan." balas Shukri kepada pemandu tadi.

"Dia..jaga dia....jaga...." lemah suara pemandu tadi sambil memandang ke arah gadis yang teresak-esak di sebelah mereka.
"Jangan risau.Abang akan selamat.Cik ini pun akan selamat.Sabar ya bang." balas Shukri cuba menenangkan keadaan.

Pemandu tadi semakin lemah.Nafasnya turun naik.Menyedari apa yang berlaku,Shukri meriba pemandu tadi.

"Bang...mengucap bang.Ikut saya ya." pujuk Shukri kepada pemandu tadi.
"Dia...jaga dia....jaga...." pemandu tadi seolah-olah memberikan amanat kepada Shukri.Shukri hanya mengangguk-angguk.Yang penting baginya,pemandu tadi perlu 'pergi' dengan tenang.

Selasai mengucapkan dua kalimah syahadah,pemandu tadi menghembuskan nafasnya.Shukri tergamam.Gadis di sebelahnya meraung sekuat-kuat hati.Hati Shukri sebak melihat gadis tadi meraung menangisi pemergian seseorang.

Mungkin seseorang yang amat dikasihinya.

Shukri memandang gadis yang sedang menangis tadi.Baru Shukri tersedar.Gadis itu sangat cantik.Hatinya berdebar-debar.Adakah episod baru dalam hidupnya akan bermula?

Ambulans mula tiba.Pihak polis dan bomba juga turut serta.

Shukri tahu,tugasnya sudah selesai.Dia perlu membiarkan urusan seterusnya kepada pihak keselamatan.

Shukri bangun sambil menghulurkan tangan kepada gadis yang sedang menangis tadi.

Gadis tadi memandangnya dengan sayu.Matanya bengkak akibat menangis.Dengan lemah,dia menghulurkan tangannya kepada Shukri.

Shukri tersenyum.

"Siapa nama saudari?" lembut Shukri bertanya kepada gadis tadi.
"Nama saya...Balqis..terima kasih selamatkan saya." lemah balas gadis tadi.

Lembut betul suara Balqis.

Hati Shukri berdebar-debar.

Nafasnya turun naik.

Hatinya bahagia.






bersambung.....