Friday, July 17, 2009

Tukang Kebun - 3

Dato' Mustafa menggaru-garu kepalanya.Dia betul-betul hairan dengan prestasi perniagaannya sejak kebelakangan ini.Semakin lama semakin merudum.Puas difikirkan apa yang telah berlaku.Di dalam mesyuarat sebentar tadi,semua staff,orang kanannya gagal memberikan jawapan yang benar-benar kukuh.Hanya alasan 'klise' seperti kejatuhan ekonomi dunia,pelabur menarik diri dan lambakan stok di pasaran.

Alasan yang membuatkan Dato' Mustafa benar-benar tidak puas hati.Dia mahukan sebab yang lebih jelas.Perniagaan perabot yang dibinanya selama ini tidak akan dibiarkan tenat.Dia mesti mengusahakan sesuatu.Jika tidak,semua kilang-kilangnya akan ditutup jika dia gagal mendapatkan keuntungan dalam masa sebulan dua ini.

"Dato', kalau perlukan apa-apa,saya di luar ya."
"Ok,thanx Sherry."Balas Dato' Mustafa kepada pembantu peribadinya.Pembantu peribadi yang setia berdiri bersama-samanya di kala susah dan senang.Individu yang bersama-sama membangunkan perniagaan ini dari mula,sehingga mampu mengeksport perabot ke luar negara.Dato' Mustafa hanya tersenyum lemah mengenangkan liku-liku perniagaannya selama 10 tahun ini.



**********



Misha turun dari kereta yang dipandu oleh Pakcik Salim,pemandu rasmi keluarga Dato' Mustafa.Seharian di sekolah membuatkan Misha penat.Namun di sebalik rasa penat,Misha masih memikirkan siapakah yang menjawab soalan matematiknya semalam.

Misha masuk ke dalam rumah,terus menuju ke biliknya.Bersiap untuk mandi dan menukar baju.

Setelah selesai semua urusan,Misha turun untuk makan tengah hari.Selalunya hanya dia dan Mak Minah sahaja yang makan.Kadang-kadang Misha akan makan berseorangan.Hanya sekali sekala Misha akan makan tengah hari bersama mamanya, Datin Aini.Datin Aini seperti kebanyakan isteri orang berada yang lain,sibuk dengan persatuan,program kebajikan dan sebagainya.Hanya waktu malam mereka sekeluarga sempat makan bersama.Itu adalah peraturan yang dikenakan oleh Dato' Mustafa.Makan malam mesti bersama.Kecuali jika ada hal tertentu sahaja,mereka tidak akan makan bersama.

"Dah boleh jawab soalan semalam?" tanya Mak Minah sambil mencedokkan lauk kepada Misha.
"Tak boleh,tapi lepas keluar dari tandas semalam,Misha tgk ada orang dah siap bagi jawapan kepada Misha.Mak Minah nampak sesapa yang datang semalam?" soal Misha.

"Tak ada pun,sapa pulak orang tu ya? Misha tak tanya kawan-kawan sekolah.Mana tahu mereka yang hantar jawapan masa Misha ke tandas." teka Mak Minah.
"Manada lah,kat kelas tadi hanya Misha dan beberapa orang ja yang dapat jawab soalan semalam dengan tepat.Misha bukan rapat pun dengan budak-budak lain." jelas Misha.

"Misha tak puas hati,sebab bukan Misha yang jawab soalan tu." sambung Misha lagi.
"Pelik juga kan?" balas Mak Minah sambil menuangkan air kepada Misha.

"Mak Minah,batu-batu deko yang sampai semalam nak dibiarkan macam tu je ke?...ke nak saya alihkan?" tiba-tiba Razif menyapa di pintu dapur.Berpeluh-peluh badannya.
"Ishhh....tak tahu la pulak Mak Minah,nanti kamu tanya dato' sendiri lah ye? Ha,Mak Minah dah letak nasi kamu kat stor tu.Jangan lupa makan."pesan Mak Minah.

"Terima kasih ye! Hai Misha." balas Razif sambil menyapa Misha yang sedang makan.Misha hanya tersenyum membalas sapaan Razif.Razif berlalu pergi.Tiba-tiba Misha berhenti menyuap makanan.Razif? Razif yang tolong jawab soalan semalam? Betul ke tukang kebun aku yang jawab soalan yang susah tu semalam?

"Mishaaa......makan nasi tu.Jangan termenung.Tak elok."Mak Minah bersuara.Misha hanya tersenyum tawar sambil meneruskan suapannya.

"Nanti aku nak tanya dia sendiri.Betul ke dia yang jawab soalan tu semalam." bisik hati Misha.



**********

"Wahhhhhhh !!!! Lauk sedap nih!" Razif tersengih-sengih bila melihat nasi dan lauk yang dihidangkan oleh Mak Minah di dalam stor.Setelah cuci tangan,Razif pun makan dengan berselera.Berpeluh-peluh dia makan.Sudah selesai,dia mencuci semula bekas-bekas makanan tersebut,dan terus pulang ke rumah sewanya yang terletak tidak jauh dari situ.Kira-kira 10 minit menaiki motor.

Tiba di rumahnya,Razif mandi bersih-bersih.Rumahnya hanyalah sebuah bilik kecil.Bilik kecil yang disewanya sejak sebulan setengah yang lalu.Semenjak dia mula bekerja di rumah Dato' Mustafa.Senang dia nak berulang-alik ke rumah dato' kalau ada apa-apa.Lagipun sewanya murah.

Razif pegi menunaikan solat zohor.Setelah selesai,dia pun melelapkan matanya.Pukul 4 nanti dia kena ke rumah Dato' semula.begitulah rutinnya.Kadang-kadang dia tidak pulang ke rumah.Selalunya bila kerjanya banyak di rumah dato.Kalau kerja banyak,dari pagi sampai petanglah jawabnya dia di sana.

Razif melelapkan matanya.Baru matanya hendak lelap....

TOK! TOK! TOK!

Bunyi pintu biliknya diketuk.Razif bangun menuju ke pintu biliknya.Pintu dibuka.Razif terkejut.Terkejut apabila melihat orang yang mengetuk pintu biliknya tadi.Orang yang berada di hadapanya sekarang.Razif tergamam.

"Tak nak jemput saya masuk?" tanya orang itu.






bersambung.......

6 comments:

  1. tuan rumah dtg dah...
    nk kutip sewa la tu...

    ReplyDelete
  2. hehe..kena tggu lg..
    masyuk2..

    ReplyDelete
  3. cett.. saspen!!!

    Berpeluh-peluh badannya --> ku bygkan razif tgh seksi.. ahahaha...

    ReplyDelete
  4. bila nak kuar the next episod neh...
    x sabar dah ne

    ReplyDelete