Wednesday, October 14, 2009

DIA - 2

Setelah tiba di Butterworth,Rizman menurunkan beg dari keretanya.Perjalanan dari Melaka agak memenatkan.Rizman membawa begnya ke dalam biliknya.Setelah siap meletakkan barang-barang,Rizman pergi mandi.

Jam menunjukkan pukul 2 pagi.

Rizman keluar dari bilik.Badannya segar selepas mandi.Besok masih cuti.Rizman pergi ke ruang tamu,hidupkan TV dan menonton rancangan kartun.Bosan menonton kartun,Rizman menukar ke rancangan lain.Nasib baik ada Astro.Banyak jugak pilihan.

Biar banyak rancangan silih berganti,fikiran Rizman masih tidak tenang.Masalah yang menghantuinya sangat berat.Masalah yang melibatkan hati dan perasaan memerlukan percaturan yang bijak.Jika salah langkah,boleh mengakibatkan sengsara.

Kisah cinta dan perasaannya kepada Aisyah bukanlah perkara baru.Kisah mereka sudah lama.Terlalu lama untuk dipandang ringan.Namun mereka bijak merahsiakan perasaan mereka.Hanya hati budi mereka sendiri yang tahu.Perasaan peribadi mereka bukanlah untuk tatapan orang lain.Cukup untuk mereka berdua sahaja.

Rizman mula mengenangkan detik-detik indah ketika mereka masih di sekolah.Makan bersama-sama di kantin.Pergi dan pulang dari sekolah bersama-sama.Ulangkaji matapelajaran bersama-sama.Berjaya menjejakkan kaki ke menara gading bersama-sama.Ya,mereka seperti belangkas.Tidak dapat dipisahkan.Namun mereka bijak mengawal keakraban mereka agar tidak nampak keterlaluan.

Kini,masing-masing mula memikirkan kesannya.Kesan yang pasti tidak dapat dielakkan.Rizman terpaksa membuat keputusan demi kebaikan Aisyah.

Ya,Aisyah adalah antara pelajar perempuan tercantik yang pernah ditemui Rizman.Masih ingat lagi dengan jelas,bagaimana Aisyah tidak melayan semua jejaka yang mendambakan kasih sayangnya.Semuanya ditolak demi Rizman.Ada juga pinangan yang ditolak dengan baik.Juga demi Rizman.

Rizman juga apa kurangnya.Berpewatakan segak dan kemas,berkulit putih,bermuka kacak,ramai juga gadis cuba mendampinginya.Namun hatinya tetap kuat kepada Aisyah.Hanya Aisyah di hatinya.Rayuan dan godaan gadis-gadis lain langsung tidak berjaya mengusik hatinya.Begitu kuat kasih sayang antara Rizman dan Aisyah.

"Aku perlu selesaikan semua ini sebelum terlambat." ujar Rizman bersendirian di atas sofa.

Hatinya pilu mengenangkan nasib dirinya.Namun,semua itu perlu dihadapi.





TRUTTT!! TRUTTTTT!! Bunyi SMS masuk ke dalam hp Rizman.Rizman memerhatikan nama penghantar SMS tersebut.Tertera nama Aisyah.Rizman membuka SMS tersebut.

"Saya rindu awk...minggu depan jumpa lagi ya?" ringkas sekali SMS dari Aisyah.

TRUTTTT!! TRUTTTTT!!! Satu lagi SMS masuk.




Bersambung.....

Tuesday, October 13, 2009

DIA - 1

"Macam mana,suka tak kat dia?" soal Rizman kepada Aisyah.
"Aisyah tak boleh terima dia." balas Aisyah.

"Dialah orang terbaik yang Riz pernah kenal.Riz tahu hati budi dia.Riz hanya mahukan yang terbaik untuk Aisyah." balas Rizman dengan tenang.Sambil angin laut Selat Melaka memupuk lembut ke arah mereka berdua.Sikap Rizman yang tenang itulah antara sebab yang membuatkan Aisyah jatuh hati.Jika ada masalah,Rizman memang bijak mengenepikan segala emosi dan hanya menumpukan kepada jalan penyelesaian.

Petang yang tenang.Sangat tenang.Laut menghempas pantai.Kanak-kanak riang bermain di gigi air.Petang itu,Pantai Kundur setenang seperti hari-hari yang lain.Namun begitu,ketenangan petang tersebut tidak dapat meredakan gelora di antara mereka berdua.

"Riz,boleh tak hentikan semua ini.Aisyah hanya mahu setia pada Riz.Boleh?" rayu Aishah.
"Tak perlu lah buat perkara sia-sia Aisyah."balas Rizman sambil tersenyum lembut.

Masing-masing memandang ke arah laut.Laut lepas yang luas.Seluas kasih sayang antara mereka.Kasih yang dipupuk semasa masih bersekolah.Semasa di universiti.Terlalu lama mereka menyayangi antara satu sama lain.Terlalu lama.Kini masing-masing sudah mempunyai karier masing-masing.Walaupun berjauhan,seminggu sekali mereka mesti berjumpa di Pantai Kundur.Pantai yang menjadi saksi kepada perhubungan mereka selama ini.

"Kalau kita kawin? Macam mana?" Aisyah menyoal Rizman.
"Hmmm...." Rizman hanya tersenyum sinis cadangan Aisyah tadi.

"Mari kita balik.Nanti gelap pula." pinta Rizman dengan lembut.
"Ok..." Aisyah mencebik.

Mereka berdua meninggalkan pantai dan menuju ke arah kereta Rizman yang diletakkan di seberang jalan.Berjalan beriringan.Sesekali mengusik sesama sendiri.Begitu mesra.Begitu akrab.

"Rizz......." Aisyah bersuara lembut...
"Ya Aisyah....ada apa?" balas Rizman dengan sepenuh perhatian.



Sepi....





"Saya sayang awak......"








Bersambung.....

Wednesday, September 9, 2009

Rumah Sewa 4

Zaki terkejut,muka Nini berdarah.Agak serius kecederaannya.

"Kenapa ni!" tanya Zaki cemas.

"Nini terjatuh.Sakit." ujar Nini sambil usap mukanya.

Zaki cemas.Dia merangkul Nini dan mengangkatnya.Nini yang diam tadi mula menangis.Zaki menenangkannya sambil menuju ke arah rumah Nini.Bila tiba,Zaki mengetuk pintu.Seperti tiada siapa di dalam rumah.Suasana sepi.Zaki mengetuk pintu bertalu-talu.Masih tiada jawapan.

Sunyi.

Nini semakin merengek.Darah semakin banyak mengalir.Zaki tidak boleh menunggu lama.Dia perlu menghantar Nini ke Hospital dengan segera.Jika tidak,kecederaan Nini boleh menjadi serius.

Ketika sampai di tingkat bawah,dua orang polis tiba-tiba muncul dan terus menangkap Zaki.Zaki terkejut.

"Kenapa ni encik? Apa salah saya? Kenapa pegang saya?" soal Zaki bertalu-talu.Namun tidak dijawab oleh pihak polis.Mereka menariknya menuju ke kenderaan polis yang berada tidak jauh dari situ.Nini yang didukung Zaki tadi jatuh ke tanah.

"Woiii.....korang tak nampak ke budak tu jatuh.Bawak dia ke hospital! Bodoh! " marah Zaki kepada pihak polis.Namun tidak dipedulikan.

Ketika tiba di tepi kenderaan polis,Zaki melihat emaknya menangis tersedu-sedu.Ayahnya juga ada bersama.Zaki bingung.Di sebelah mak dan ayahnya,kelihatan Ali,sahabat baiknya.

"Ali....kenapa polis ni tangkap aku? Aku tak salah!Mak! Ayah! Kenapa ni! Ali,tu,kat situ ada Nini,dia cedera,cepat bawak dia pegi hospital! Cepatttt!!!" arah Zaki kepada sahabatnya...Namun sahabatnya hanya berdiam diri.Zaki bingung.

Ali menghampiri Zaki perlahan-lahan....dan berkata dengan tenang...

"Cukuplah Zaki,janganlah kamu lari lagi dari wad...dah 2 kali kamu buat macam ni.Di sana kamu lebih selamat.Bukan lari ke apartment tinggal ni.Tak ada siapa yang tinggal kat sini.Baliklah,biar doktor rawat kamu.Jiwa kamu bercelaru.Aku tahu kamu tak sehat.Aku akan selalu melawat kamu.Jangan risau."....

"Aku tak gilaaaa!!!!...Aku baru pindah sini! Aku baru bayar duit rumah! Tanya la kat tuan rumah ni kalau tak percaya! Rumah lama aku mana ada kawan,diorang semua dah balik kampunggg!!!! Aku nak pindahhhh!!!!!"...jerit Zaki.Pihak polis terus membawa masuk ke dalam kereta,dan menuju ke hospital sakit jiwa yang berdekatan.Ali hanya merenung jauh ke arah kereta yang membawa sahabat karibnya itu pergi.Kedua ibu bapa Zaki menangis teresak-esak mengenangkan nasib Zaki.Pencarian selama beberapa hari membuahkan hasil.Jika tidak,mungkin Zaki akan mati dalam imaginasinya sendiri.

Ali melihat ke arah patung permainan perempuan yang jatuh dari tangan Zaki tadi.Hatinya sebak.









-TAMAT-

Wednesday, August 26, 2009

Rumah Sewa 3

Zaki bangun perlahan-lahan menuju ke dapur.Dilihatnya pinggan kaca berderai di atas lantai.Bersepah.Di sudut rumahnya,Zaki ternampak seekor kucing putih yang comel bersembunyi.Zaki tersenyum.

Zaki mengangkat kucing tersebut dan membawanya ke ruang tamu.Mungkin kucing tersebut lapar.Zaki menjamu kucing tersebut dengan keropok yang dibelinya siang tadi.Kucing tersebut makan dengan lahap.Mungkin itu adalah makanannya yang pertama untuk hari ini.Zaki menjamu keropok kepada kucing tersebut hingga habis.Selesai makan,kucing tersebut baring di sebelah Zaki.

"Ada jugak teman aku kat rumah ni.Baik aku bela." ujar Zaki sendirian.

Mulai dari malam tersebut,kucing menjadi teman Zaki di rumah.Balik dari kerja,dia akan belikan nasi untuk kucing tersebut.Sekali sehari nasi akan diberi.Bila pergi kerja,Zaki akan tuangkan makanan kucing di dalam bekas dan akan buka pintu tandas kalau-kalau kucing tersebut nak melepas.Penat jugak dia mengajar kucing buang air dalam bilik air.Seminggu lebih memaksa,baru kucing tersebut faham.

Satu malam,Zaki hendak ke kedai.Ketika keluar,dilihatnya Nini duduk bersendirian di dalam gelap.Zaki tidak dapat melihat muka Nini kerana dia duduk membelakanginya.

"Kena marah dengan ayah dia kot..." bisik hati Zaki sambil menghampiri Nini.

"Kenapa Nini duduk sorang-sorang kat sini?.." sapa Zaki ketika menghampiri Nini.

Nini memalingkan mukanya ke arah Zaki.















bersambung...........

Thursday, August 20, 2009

Rumah Sewa 2

Bila Zaki memandang ke arah suara kecil tadi,dia tersenyum.

Kelihatan seorang budak perempuan kecil berumur kira-kira 7 tahun berdiri tidak jauh darinya.Sangat comel budak perempuan tersebut.

"Ye dik....abang baru pindah sini.Rumah adik kat sebelah ni ye?" balas Zaki sambil cuba beramah mesra.

"Ha'ah....." jawab budak perempuan tersebut sambil tersenyum-senyum malu.

Zaki mengeluarkan coklat yang kebetulan baru dibelinya tadi dan menghulurkan kepada budak perempuan tersebut.

"Apa nama adik?"

"Nini..." ringkas budak perempuan tersebut menjawab sambil mengambil coklat dari tangan Zaki.Zaki hanya tersenyum.Nini terus berlari ke arah tangga dan terus ke taman permainan yang berada di tingkat bawah sebelah blok tersebut.Zaki hanya membiarkan Nini pergi.Zaki ada banyak kerja yang perlu diselesaikan.Rumah perlu dikemas.Lantai perlu dibasuh.

Setelah mengemas hampir 2 jam,Zaki tersandar keletihan.Penat betul rasanya.Namun penat yang dirasakan sebentar tadi hampir hilang apabila melihat rumahnya yang sudah bersih dan teratur.Jam sudah menunjukkan pukul 7 petang.Sudah hampir maghrib.

Setelah selesai mandi dan mengenakan pakaian yang bersih,Zaki duduk di ruang tamu sambil cuba mencari siaran tv.Siaran kabur.Nak tunggu Astro,besok la nampak gayanya pekerja baru nak datang pasang.Zaki ambil rokok sebatang dan menyalakannya dengan tenang.Disedutnya asap rokok tersebut dalam-dalam sambil cuba membetulkan antena tv.

Akhirnya,siaran TV3 jelas kelihatan.Berita TV3 baru sahaja bermula.Zaki menyandar di sofa.Sambil memberikan tumpuan penuh kepada berita yang sedang berlangsung,rokok di mulut disedut-sedut rakus,asap beracun diluahkan berkepul-kepul.

Puas rasanya.









PRANNNNNNGGGGGGGGG !!!!!!! bunyi kaca berderai di dapur...









bersambung..........

Monday, August 17, 2009

Rumah Sewa 1

"Hoh....ok jugak rumah ni".. ujar Zaki sambil masuk ke dalam rumah yang nak disewanya.

Sebelum ni dia sewa berempat dengan rakan-rakannya,tapi kali ni Zaki berseorangan.Semua sahabatnya ada komitmen masing-masing.Ada yang berkahwin,ada yang balik kampung,ada yang mula kerja dengan keluarga.

"Baiklah,saya setuju sewa rumah ni.Minggu depan saya pindah barang." Zaki berkata kepada tuan rumah sambil berjabat tangan.



******


Genap seminggu kemudiannya,Zaki datang semula.Penuh keretanya dengan barang-barang.Kunci rumah Zaki dah ambil semalam.

Zaki mengangkat satu persatu barang ke tingkat 3 rumah sewa barunya.Apartment 3 bilik tersebut memang sesuai dengannya.Nanti dia cari lah penyewa yang lain.Yang penting ada rumah.Penat mengangkat barang jangan cakap lah.Termengah-mengah Zaki dibuatnya.


"Hai abang.....baru pindah ke?" satu suara halus menegur Zaki.


Zaki yang sedang mengangkat almari pakaian bujangnya terkejut.Berhenti.Zaki meletakkan almari tersebut dan berpaling ke arah suara tadi.








bersambung......

Monday, August 3, 2009

SU-Flanker - 3 (TAMAT)

Pesawat kedua cuba berlepas.Kamarul melepaskan beberapa tembakan ke arah pesawat musuh,bertujuan untuk menghalau mereka.Pesawat kedua berjaya berlepas dan terus menyertai Kamarul mengawal ruang udara KPPTAR.

Dengan kawalan kedua pesawat SU-Flanker tadi,disertai pula sistem pertahanan udara KPPTAR serta kapal pemusnah yang mengiringi KPPTAR,pesawat lain mula berlepas dengan selamat.

"Kamarul,saya mahu kamu berada di dalam kumpulan.Jangan bertidak mengikut emosi." arahan diterima oleh Kamarul dari KPPTAR.

"Tuan,biar saya mati dari biarkan penceroboh ini mencabul ruang udara kita! " bentak Kamarul.Tegas.

"Saya arahkan kamu mengikut formasi tempur yang telah ditetapkan.Jangan bertindak melulu!" balas dari pusat pemerintah.

"Biar saya mati!" balas Kamarul.Penuh bersemangat!
















CUTTTTTTTT !!!!!!!


"Celaka,sesuka hati kamu bercakap.Mana ada dalam skrip! Kalau kamu mampus,macam mana aku nak buat sekuel filem ni nanti? Ini baru filem pertama.Bodoh! Ulang semula babak tadi! " jerit Karim Latip dari kerusi pengarah.

"Emo la ko ni Mamat...berlakon ikut skrip la.." sampuk Marlia yang melakonkan watak Katrina sambil mengelap-ngelap kesan darah buatan di bibirnya...






Mamat tersipu-sipu sambil membetulkan kedudukannya di dalam replika kapsul kokpit pesawat pejuang SU-Flanker.















P/s: Ok...aku dah abis bergurau dengan kamu.Pasni aku nak buat cerita serius pulak.Cerita merentap jiwa dan sanubari dan juga bari-bari...