Thursday, August 20, 2009

Rumah Sewa 2

Bila Zaki memandang ke arah suara kecil tadi,dia tersenyum.

Kelihatan seorang budak perempuan kecil berumur kira-kira 7 tahun berdiri tidak jauh darinya.Sangat comel budak perempuan tersebut.

"Ye dik....abang baru pindah sini.Rumah adik kat sebelah ni ye?" balas Zaki sambil cuba beramah mesra.

"Ha'ah....." jawab budak perempuan tersebut sambil tersenyum-senyum malu.

Zaki mengeluarkan coklat yang kebetulan baru dibelinya tadi dan menghulurkan kepada budak perempuan tersebut.

"Apa nama adik?"

"Nini..." ringkas budak perempuan tersebut menjawab sambil mengambil coklat dari tangan Zaki.Zaki hanya tersenyum.Nini terus berlari ke arah tangga dan terus ke taman permainan yang berada di tingkat bawah sebelah blok tersebut.Zaki hanya membiarkan Nini pergi.Zaki ada banyak kerja yang perlu diselesaikan.Rumah perlu dikemas.Lantai perlu dibasuh.

Setelah mengemas hampir 2 jam,Zaki tersandar keletihan.Penat betul rasanya.Namun penat yang dirasakan sebentar tadi hampir hilang apabila melihat rumahnya yang sudah bersih dan teratur.Jam sudah menunjukkan pukul 7 petang.Sudah hampir maghrib.

Setelah selesai mandi dan mengenakan pakaian yang bersih,Zaki duduk di ruang tamu sambil cuba mencari siaran tv.Siaran kabur.Nak tunggu Astro,besok la nampak gayanya pekerja baru nak datang pasang.Zaki ambil rokok sebatang dan menyalakannya dengan tenang.Disedutnya asap rokok tersebut dalam-dalam sambil cuba membetulkan antena tv.

Akhirnya,siaran TV3 jelas kelihatan.Berita TV3 baru sahaja bermula.Zaki menyandar di sofa.Sambil memberikan tumpuan penuh kepada berita yang sedang berlangsung,rokok di mulut disedut-sedut rakus,asap beracun diluahkan berkepul-kepul.

Puas rasanya.









PRANNNNNNGGGGGGGGG !!!!!!! bunyi kaca berderai di dapur...









bersambung..........

6 comments: