Thursday, July 16, 2009

Tukang Kebun - 2

Razif duduk berehat sambil minum sirap yang dibancuh oleh pembantu rumah Dato' Mustafa,Mak Minah.Kadang-kadang Razif akan berbual dengan Mak Minah.Sembang-sembang biasa.

"Kejap ja,tgk-tgk lagi 2 minggu kontrak saya habis..."
"Kamu suka ke keja sini Razif? Mak cik tgk dato tu asyik perli kamu saja....kamu boleh tahan?"

"Saya dah biasa diperli,dihina mak cik.Saya tak kesah.." balas Razif sambil tersenyum.
"Kamu memang tabah nak...." ujar Mak Minah sambil berlalu ke dapur.Razif tersenyum lagi.Dia merenung jauh.Mengenang kembali apa yang telah dicapainya pada usia yang sudah memasuki umur 19 tahun.Dia kemudiannya tersenyum sendirian.

Sudah minum,Razif pergi ke stor belakang rumah Dato' Mustafa untuk solat asar.Di situlah dia tidur sebentar jika penat dan di situ juga dia solat.Tidak pernah dia menjejakkan kaki ke dalam rumah Dato' Mustafa.Dia hanya berlegar-legar di luar sahaja.Tugasnya hanya berkisar di luar rumah.

"Razif...nanti saya nak kamu cantas dahan depan pagar tu,asyik tidurrr ja keja kamu..." Dato' Mustafa mula bersuara keras di luar stor bila sahutannya tidak dijawab oleh Razif...
"Maaf tak jawab tadi,saya sedang solat asar,bukan tidur."jawab Razif sambil keluar dari pintu stor.

"Jangan cakap banyak,aku suruh buat,buat ja lah...kamu dibayar gaji,bukan percuma."
"Baiklah dato' .." jawab Razif sambil tersenyum.

Dato' Mustafa masuk ke dalam rumah.Memang begitu sikap Dato' Mustafa,dia akan pulang ke rumah pada bila-bila masa yang dia mahu.Kalau boleh dia akan cari segala kesalahan orang dan mula marah-marah walaupun hanya melibatkan kesalahan kecil.

"Ha....kenapa ni?..masam saja muka? Baru nak amik SPM muka dah berkerut? Tu belum masuk universiti lagi tu...." ujar Dato' Mustafa setelah melihat anaknya,si Misha terkulat-kulat di meja belajar.
"Susah la soalan ni 'daddy'..." Misha menjawab sambil muncungkan mulut.

"Daddy dah antar tuisyen,dah bawak cikgu persendirian datang ke rumah,dah buat macam-macam....ada lagi masalah?" Dato' Mustafa mula mengomel.Misha diam.Dia bangun dan bawa bukunya ke depan rumah.Lepak di luar sambil ambil angin petang.Misha duduk di atas kerusi di ruang beristirehat.Ruang yang Dato' Mustafa jadikan tempat keluarganya untuk beristirehat.Lengkap dengan deko gaya bali.Ada kolam ikan,air terjun dan pelbagai hiasan lagi.Misha meletakkan bukunya dia atas meja.Angin petang memupuk lembut muka Misha.Seperti biasa,Mak Minah datang membawakan air dan kuih muih kegemaran Misha.Misha tersenyum melihat kedatangan Mak Minah.

"Kenapa muka masam-masam ni,Misha senyum pun tetap nampak masam jugak...ada masalah?" tanya Mak Minah.
"Susah la soalan ni Mak Minah.Dah banyak kali buat tetap tak dapat jawapan jugak."

"Aih...selalu boleh je jawab,kenapa budak pintar sorang ni tak dapat jawab pulak hari ni? Misha kan bijak.Mesti boleh jawab." umpan Mak Minah sambil memujuk.
"Dari tadi Misha cuba jawab soalan ni,tetap tak dapat.Pening.Matematik tambahan ni memang Misha tak pandai lah.Misha nak ke tandas la kejap." ujar Misha sambil berlalu pergi.Mak Minah hanya menggeleng-gelengkan kepala dan terus masuk ke dapur.

Setelah selesai,Misha keluar semula ke meja tadi.

Muka Misha berkerut.Jelas di hadapannya,di atas meja,ada sehelai kertas.Kertas yang penuh dengan tulisan dan lakaran.Misha mengambil kertas tersebut dan meneliti setiap baris rumus dan kiraan yang tertulis di atasnya.Lengkap dengan lakaran graf.Misha menyemak jawapan di belakang buku rujukannya.Jawapan yang tepat! Di belakang buku rujukannya hanya ada jawapan akhir,tidak disediakan langkah penyelesaian.

Misha tergamam.Siapakah yang mampu menulis penyelesaian yang panjang lebar,penuh satu mukasurat kertas,tanpa sebarang kesalahan dan dapat disiapkan dalam masa yang singkat itu? Misha merenung jauh.Fikirannya jauh merewang,meneka-neka siapakah yang telah menolongnya.Mungkinkah orang yang mendengar rintihannya tadi? Mak Minah? Tak mungkin! Daddy?..sedang tidur di ruang tamu.Mama?...Sedang bershopping di bandar.....

Angin petang terus bertiup lembut.Bertiup lembut ke muka Misha yang sempurna.Mengibas-ngibas rambutnya yang lembut dan terurus.


Tidak jauh dari situ,Razif tersenyum sendirian sambil memotong dahan pokok di pagar rumah.






bersambung.......

18 comments:

  1. walauweh..sedap2..
    aku 1st komen??
    org lain x terbaca kot..blog lain2..baik ko ltak link kat blog utama..

    ReplyDelete
  2. masih leh agak da... si razif tu.. (razif cam nama senior engineer kat tpt aku ja)..

    ReplyDelete
  3. jard: rilekk....ni baru pengenalan....tak sabo sabo la ko ni..haha....ada banyak lagi... =)

    ReplyDelete
  4. razif jadi cikgu tusyen plak ke? tukar kontrak...

    ReplyDelete
  5. razif sambung kontrak tapi jadi cikgu tusyen plak...ke?

    ReplyDelete
  6. gurl: salah. =)

    naddy: percayalah....ending dia memang lain. =)

    ReplyDelete
  7. Aku mcm dpt menjangkakan ending nih, hmm.. kalau aku wat citer nih, mak jah yang tlg jawap, bukan razif, baru lah lain dari yang lain.. muahahaha!!

    ReplyDelete
  8. aku harap ending dia gempak

    ReplyDelete
  9. komander: cerita ni panjang lagi lah..haha...

    life: aminn....aku cuba. =)

    ReplyDelete
  10. xske ble nk kena sambung2.. cant wait

    ReplyDelete
  11. razif tu tgh practical training u kat umah dato kamal...
    dia best student kat u...
    betul kan...!?

    ReplyDelete
  12. rona: salah. =) cerita camtu dah 'klise' sangat.heheee....

    ReplyDelete
  13. Wah..sejak bile hang nak buat novel ni kawan???
    Kagum

    ReplyDelete
  14. firol: bukan novel...ni blog merapu aku versi merapu panjang-panjang sampai kena sambung-sambung. hahahaa....

    ReplyDelete
  15. hehe.. susahnya nak met expectation org.. semua nak gempak2x jak.. tp aku sure encik hapacrita boleh buat.. aku akn tunggu sambungan..

    ReplyDelete
  16. aku baru perasaan kat header...
    ni citer lucah...

    ada tagline atas tu tulis...
    "citer bersiri di luar tabie..."

    hahaha...

    ReplyDelete
  17. rona: pikir lucah je ko..luar tabie tu di luar batasan normal...hahahaha..tak terjangka. =)

    ReplyDelete