Wednesday, July 22, 2009

SU-Flanker - 1



"Pastikan sudut pendaratan awk tu betul....." pesan Kamarul melaui radio komunikasi di pos kawalan.
"Saya tahu lah.....hehe...."

"Love you!..." Kamarul bersuara lagi.
"Gatal!...." Katrina tersenyum sendirian sambil cuba mengemudi pesawat latihan F-18 Hornet.Latihannya pada hari tersebut adalah pendaratan solo di atas dek Kapal Pengangkut Pesawat Tengku Abdul Rahman(KPPTAR).Nama sempena nama perdana menteri pertama Malaysia.Kapal pengangkut pesawat tersebut dibeli di Russia.Pembekal senjata utama kepada Malaysia selain Amerika Syarikat.

KPPTAR dikuatkan dengan 28 jet pejuang SU-30 atau lebih dikenali oleh NATO dengan nama FLANKER buatan Russia sebagai pesawat serangan utama.Selain itu,KPPTAR dilengkapi dengan 2 buah pesawat latihan f-18 hornet keluaran Amerika Syarikat dan pelbagai jenis pesawat lagi seperti helikopter super PUMA untuk operasi mencari dan menyelamat,pesawat bekalan,pesawat radar dan juga pesawat risikan.

Mengiringi KPPTAR adalah 2 buah kapal selam scorpene yang mula diperolehi oleh Malaysia pada tahun 2009, 3 kapal pemusnah, 2 kapal logistik dan 1 kapal tangki untuk mengisi minyak.

KPPTAR ditugaskan untuk mengawal zon telaga minyak yang baru ditemui di Laut China Selatan.Telaga yang dikenali dengan nama kod TL00126.Ia ditemui oleh pasukan carigali Petronas pada tahun lepas,iaitu pada tahun 2019.Sejak dari itu.banyak negara jiran mula menuntut hak masing-masing walaupun telaga tersebut jelas berada di dalam perairan malaysia.Pelbagai alasan dikemukakan untuk membolehkan mereka berkongsi kekayaan melalui telaga minyak tersebut.

Malaysia terpaksa menghantar kapal pengangkut pesawat Malaysia yang pertama ke kawasan konflik tersebut.Ini kerana Amerika Syarikat dilihat cuba mengambil kesempatan terhadap konflik yang berlaku di asia tenggara.Mereka telah menghantar pasukan kapal pengangkut pesawat mereka di selatan Filipina.Lokasi yang tidak jauh dari perairan Malaysia.Penghantaran kapal pengangkut pesawat oleh Malaysia bertujuan untuk mengimbangi kekuatan pihak luar.Ini adalah untuk mengelakkan sebarang provokasi mahupun pencerobohan oleh pihak musuh.Suasana agak tegang pada masa tersebut.Pihak Amerika telah melakukan pelbagai provokasi di rantau asia tenggara sejak tahun 2000 lagi.

Peristiwa seperti pengebomanan di Bali,aktiviti 'pengganas' di Selat Melaka,pengeboman pelbagai tempat di Indonesia dalam sela masa beberapa tahun adalah rancangan mereka untuk menakluk kawasan Asia tenggara.Pelbagai helah dilakukan,namun tidak beberapa berjaya.Kini mereka mendesak dengan pelbagai cara lagi untuk membolehkan mereka 'menjejakkan kaki' di asia tenggara.

"Saya serius ni Rina....."
"Jangan nak menggatal...turun nanti saya cubit awak!" balas Katrina sambil menghampiri kapal pengangkut.Rina menyemak kembali semua maklumat penting dan bersedia untuk mendarat.Semua krew di kawasan dek sudah bersedia.Kabel untuk proses pendaratan telah direntangkan.Semua krew berada di posisi masing-masing.Katrina memberikan penuh tumpuan.Kamarul yang berada di pusat pemerintahan KPPTAR tersenyum melihat pesawat Katrina mula bersedia untuk pendaratan.Sudah seminggu dia dan Katrina berpasangan.Pertemuan di kafe KPPTAR 2 bulan lepas telah membuahkan bibit percintaan di antara mereka.Jelingan mata Katrina sangat memukau.Mendebarkan dadanya yang telah lama bersendirian.Kini,Katrina bagaikan sinar hidupnya yang baru.Dia akan melakukan apa sahaja untuk membahagiakan Katrina.

Kamarul yang bertugas sebagai ketua skuardon udara di pesawat tersebut asalnya adalah pemandu pesawat pejuang.Pernah dianugerahkan pingat keberanian oleh pihak tentera Malaysia.Dia adalah antara pemandu pesawat pejuang yang dihormati.Kini dia bertugas untuk memantau operasi penerbangan di KPPTAR.Tugas yang mencabar.Walaupun berada di pos pemerintah yang dikenali dengan nama 'island' kerana ia adalah satu-satunya struktur yang 'timbul' seperti pulau di atas dek yang dipenuhi pesawat,hati Kamarul tetap di dalam kokpit pesawat.

Dia hanya tersenyum mengenangkan kenangannya memandu pesawat.Dan beliau berhenti tersenyum bila mengenangkan kemalangan pesawat pada 2018 yang mengorbankan pembantunya ketika itu, Hashim.Seorang veteran yang memantau penerbangannya.Seorang rakan rapat.Seorang Mentor.Seorang yang Kamarul anggap seperti seorang ayah.Sejak kemalangan itu,Kamarul seolah-olah fobia untuk terbang.Pihak atasan yang memahami dan menghormati pengalaman Kamarul telah memberikan tugas baru sebagai pemantau operasi penerbangan di KPPTAR.Kamarul menerimanya dengan terbuka.Sekurang-kurangnya dia masih lagi dapat 'bermain' dengan pesawat.

"Tuan! boogey dari arah utara.5 objek dikesan dan menuju ke arah kita dengan pantas." ujar jururadar dari unit tempur.
"Ada mereka sahkan pengenalan?" balas Kamarul.

"Tidak tuan."
"Pihak Amerika?"

"Mungkin."
"Tak habis-habis nak buat provokasi,minggu lepas bagi alasan nak buat latihan."

"Tuan! boogey dari arah timur.6 objek dikesan."
"Itu dari perairan Vietnam.Konflik Vietnam dengan Amerika belum selesai?" soal Kamarul di dalam hati.


Tiba-tiba sistem amaran KPPTAR berbunyi.Amaran menunjukkan 2 buah misil datang menuju ke arah mereka.Krew KPPTAR mula mengaktifkan pertahanan udara.Dari 2 buah misil,ia meningkat kepada 3 buah.Kamarul mula berpeluh.Dia tidak pasti apa yang cuba dimainkan oleh Amerika dan Vietnam.Adakah KPPTAR akan terjebak dalam peperangan mereka?


BOMMMMM!!!! Sebiji misil berjaya ditangkis dengan sistem Sea Sparrow,juga buatan Amerika.2 biji misil berjaya melepasi pertahanan KPPTAR.Sebiji tepat mengenai kapal pemusnah yang mengiringi KPPTAR.Namun kerosakannya tidak teruk.

Kamarul memandang cemas ke arah pesawat Katrina yang bersedia untuk mendarat.

Sebiji misil meluru laju dan tepat-tepat mengenai kemudi belakang pesawat yang dipandu Katrina ketika pesawat tersebut hampir mendarat.Pesawat Katrina berkecai di bahagian belakang dan hanya bahagian hadapan terselamat.Bahagian hadapan pesawat tersebut meluncur laju menuju ke bucu tepi dek KPPTAR dan tersangkut di situ.Hampir terjatuh ke dalam laut.

Kamarul menjerit memanggil nama Katrina.Tanpa membuang masa,dia meluru turun dari pusat kawalan.Berlari menuju ke arah Katrina yang masih terperangkap di dalam kokpit pesawat.Ketika tiba,beberapa krew dek cuba mengeluarkan Katrina.Cermin kokpit dibuka.Kamarul menanggalkan topi Katrina.Kamarul melihat Katrina tersenyum kepadanya.

"I love u too...." ujar Katrina sambil tersenyum lemah.Hasil dari impak kemalangan tersebut,Katrina cedera parah.Tangannya kelihatan seperti patah.Ada darah mengalir di bibir mulusnya.Dia kelihatan amat lemah sekali.Namun masih berusaha untuk senyum.

"Awak akan selamat...Saya akan selamatkan awak...saya akan selamatkan awak...." ujar Kamarul berulang kali sambil cuba mencapai pin tali pinggang keselamatan yang mengikat Katrina.Katrina tersenyum.Tersenyum kepada buah hatinya.Orang yang telah berjaya memikatnya ketika dia menjalani latihan di KPPTAR.Orang yang berjaya membuatkan hatinya berbunga dan gembira.

Kamarul terus cuba membuka tali pinggang keselamatan Katrina.Elok kamarul mahu membuka tali pinggang,tiba-tiba bahagian kokpit tersebut menggelungsur dan terjatuh ke dalam laut.Ketika itu,Kamarul telah ditarik oleh krew lain untuk mengelakkan mereka dari terjatuh sama.Kamarul hanya mampu menjerit nama Katrina sekuat-kuatnya.Jeritan yang tidak dapat mengubah apa-apa.

Kamarul dengan jelas dapat melihat Katrina tersenyum kepadanya ketika ia sedang jatuh ke dalam laut.Senyuman penuh makna.Senyuman tersebut hilang apabila bahagian depan kokpit pesawat tersebut tenggelam ke dalam air.

Katrina telah terperangkap di dalam kokpit yang sedang tenggelam ke dasar laut.Kamarul tahu,Katrina tidak mungkin akan terselamat.Tekanan air sedalam 700 meter itu sahaja boleh membunuh Katrina.

Air mata Kamarul mengalir.Tangannya digenggam erat.Nafasnya turun naik menahan marah.



"Bangsat ini semua perlu diajar!" jerit Kamarul sambil memandang ke langit.













bersambung.................

12 comments:

  1. aish... entri yg agak serius...

    kamarul kehilangan kekasih hati.. cm pernah dgr ja plot neh..

    ReplyDelete
  2. best... slot baru ni...
    mcm tgk darah satria xpun saving private ryan plak...

    ReplyDelete
  3. tetiba aku terfikir...

    kotaro... minami...
    ultraman ace...

    ReplyDelete
  4. aku cuba untuk tidak se excited sebelum ni..tp lepas ni xtau lerr..huhuh..

    ReplyDelete
  5. haha..aku dah terpikir bukan2..
    2 la ko wat cita ngarut mula2, aku da kurang yakin dgn cita ni cita serius..

    ReplyDelete
  6. jard: nantikan kesinambungannya! (ayat cam aram)

    rona:semangat mau ada! haha

    rona: rahsia...trick lama mana boleh ulang banyak kali.tak best la.haha

    mimie: ala..gurau sket dalam cerita lepas da down dah..hahaa..rilek la...hahahhaa...

    shah: cerita ni serius lah...ahhahaaa... =)

    ReplyDelete
  7. macam telenovela..

    ReplyDelete
  8. banyak sangat nama khas.penin...

    polow mimie.jangan terlalu excited...

    ReplyDelete
  9. bos, teda pa yg ku phm ni..
    aku baca dialog nya ja..
    nant la try bca lg, sbb ngantuk mgkn ni.

    ReplyDelete
  10. jalan cte y best....
    tp stil kene bejage2...
    tkot kte plak yang terkene 'misil' buatan tangn si stingray ne...huhuhu

    ReplyDelete
  11. oit..bile nak sambung ni? dah lame tunggu ni..(dalam tak sedar aku tertunggu2 sambungan kisah ni)

    ReplyDelete