Wednesday, August 26, 2009

Rumah Sewa 3

Zaki bangun perlahan-lahan menuju ke dapur.Dilihatnya pinggan kaca berderai di atas lantai.Bersepah.Di sudut rumahnya,Zaki ternampak seekor kucing putih yang comel bersembunyi.Zaki tersenyum.

Zaki mengangkat kucing tersebut dan membawanya ke ruang tamu.Mungkin kucing tersebut lapar.Zaki menjamu kucing tersebut dengan keropok yang dibelinya siang tadi.Kucing tersebut makan dengan lahap.Mungkin itu adalah makanannya yang pertama untuk hari ini.Zaki menjamu keropok kepada kucing tersebut hingga habis.Selesai makan,kucing tersebut baring di sebelah Zaki.

"Ada jugak teman aku kat rumah ni.Baik aku bela." ujar Zaki sendirian.

Mulai dari malam tersebut,kucing menjadi teman Zaki di rumah.Balik dari kerja,dia akan belikan nasi untuk kucing tersebut.Sekali sehari nasi akan diberi.Bila pergi kerja,Zaki akan tuangkan makanan kucing di dalam bekas dan akan buka pintu tandas kalau-kalau kucing tersebut nak melepas.Penat jugak dia mengajar kucing buang air dalam bilik air.Seminggu lebih memaksa,baru kucing tersebut faham.

Satu malam,Zaki hendak ke kedai.Ketika keluar,dilihatnya Nini duduk bersendirian di dalam gelap.Zaki tidak dapat melihat muka Nini kerana dia duduk membelakanginya.

"Kena marah dengan ayah dia kot..." bisik hati Zaki sambil menghampiri Nini.

"Kenapa Nini duduk sorang-sorang kat sini?.." sapa Zaki ketika menghampiri Nini.

Nini memalingkan mukanya ke arah Zaki.















bersambung...........

Thursday, August 20, 2009

Rumah Sewa 2

Bila Zaki memandang ke arah suara kecil tadi,dia tersenyum.

Kelihatan seorang budak perempuan kecil berumur kira-kira 7 tahun berdiri tidak jauh darinya.Sangat comel budak perempuan tersebut.

"Ye dik....abang baru pindah sini.Rumah adik kat sebelah ni ye?" balas Zaki sambil cuba beramah mesra.

"Ha'ah....." jawab budak perempuan tersebut sambil tersenyum-senyum malu.

Zaki mengeluarkan coklat yang kebetulan baru dibelinya tadi dan menghulurkan kepada budak perempuan tersebut.

"Apa nama adik?"

"Nini..." ringkas budak perempuan tersebut menjawab sambil mengambil coklat dari tangan Zaki.Zaki hanya tersenyum.Nini terus berlari ke arah tangga dan terus ke taman permainan yang berada di tingkat bawah sebelah blok tersebut.Zaki hanya membiarkan Nini pergi.Zaki ada banyak kerja yang perlu diselesaikan.Rumah perlu dikemas.Lantai perlu dibasuh.

Setelah mengemas hampir 2 jam,Zaki tersandar keletihan.Penat betul rasanya.Namun penat yang dirasakan sebentar tadi hampir hilang apabila melihat rumahnya yang sudah bersih dan teratur.Jam sudah menunjukkan pukul 7 petang.Sudah hampir maghrib.

Setelah selesai mandi dan mengenakan pakaian yang bersih,Zaki duduk di ruang tamu sambil cuba mencari siaran tv.Siaran kabur.Nak tunggu Astro,besok la nampak gayanya pekerja baru nak datang pasang.Zaki ambil rokok sebatang dan menyalakannya dengan tenang.Disedutnya asap rokok tersebut dalam-dalam sambil cuba membetulkan antena tv.

Akhirnya,siaran TV3 jelas kelihatan.Berita TV3 baru sahaja bermula.Zaki menyandar di sofa.Sambil memberikan tumpuan penuh kepada berita yang sedang berlangsung,rokok di mulut disedut-sedut rakus,asap beracun diluahkan berkepul-kepul.

Puas rasanya.









PRANNNNNNGGGGGGGGG !!!!!!! bunyi kaca berderai di dapur...









bersambung..........

Monday, August 17, 2009

Rumah Sewa 1

"Hoh....ok jugak rumah ni".. ujar Zaki sambil masuk ke dalam rumah yang nak disewanya.

Sebelum ni dia sewa berempat dengan rakan-rakannya,tapi kali ni Zaki berseorangan.Semua sahabatnya ada komitmen masing-masing.Ada yang berkahwin,ada yang balik kampung,ada yang mula kerja dengan keluarga.

"Baiklah,saya setuju sewa rumah ni.Minggu depan saya pindah barang." Zaki berkata kepada tuan rumah sambil berjabat tangan.



******


Genap seminggu kemudiannya,Zaki datang semula.Penuh keretanya dengan barang-barang.Kunci rumah Zaki dah ambil semalam.

Zaki mengangkat satu persatu barang ke tingkat 3 rumah sewa barunya.Apartment 3 bilik tersebut memang sesuai dengannya.Nanti dia cari lah penyewa yang lain.Yang penting ada rumah.Penat mengangkat barang jangan cakap lah.Termengah-mengah Zaki dibuatnya.


"Hai abang.....baru pindah ke?" satu suara halus menegur Zaki.


Zaki yang sedang mengangkat almari pakaian bujangnya terkejut.Berhenti.Zaki meletakkan almari tersebut dan berpaling ke arah suara tadi.








bersambung......

Monday, August 3, 2009

SU-Flanker - 3 (TAMAT)

Pesawat kedua cuba berlepas.Kamarul melepaskan beberapa tembakan ke arah pesawat musuh,bertujuan untuk menghalau mereka.Pesawat kedua berjaya berlepas dan terus menyertai Kamarul mengawal ruang udara KPPTAR.

Dengan kawalan kedua pesawat SU-Flanker tadi,disertai pula sistem pertahanan udara KPPTAR serta kapal pemusnah yang mengiringi KPPTAR,pesawat lain mula berlepas dengan selamat.

"Kamarul,saya mahu kamu berada di dalam kumpulan.Jangan bertidak mengikut emosi." arahan diterima oleh Kamarul dari KPPTAR.

"Tuan,biar saya mati dari biarkan penceroboh ini mencabul ruang udara kita! " bentak Kamarul.Tegas.

"Saya arahkan kamu mengikut formasi tempur yang telah ditetapkan.Jangan bertindak melulu!" balas dari pusat pemerintah.

"Biar saya mati!" balas Kamarul.Penuh bersemangat!
















CUTTTTTTTT !!!!!!!


"Celaka,sesuka hati kamu bercakap.Mana ada dalam skrip! Kalau kamu mampus,macam mana aku nak buat sekuel filem ni nanti? Ini baru filem pertama.Bodoh! Ulang semula babak tadi! " jerit Karim Latip dari kerusi pengarah.

"Emo la ko ni Mamat...berlakon ikut skrip la.." sampuk Marlia yang melakonkan watak Katrina sambil mengelap-ngelap kesan darah buatan di bibirnya...






Mamat tersipu-sipu sambil membetulkan kedudukannya di dalam replika kapsul kokpit pesawat pejuang SU-Flanker.















P/s: Ok...aku dah abis bergurau dengan kamu.Pasni aku nak buat cerita serius pulak.Cerita merentap jiwa dan sanubari dan juga bari-bari...

Tuesday, July 28, 2009

SU-Flanker - 2




-Rujukan untuk mereka yang gagal berimiginasi keadaan di pesawat pengangkut-




Krew dek KPPTAR cuba menenangkan Kamarul.Kamarul bangun dari duduknya.Lantas terus berlari ke unit udara.Kamarul menyerahkan tugas pemantauan kepada pembantu kanannya melalui radio.Pembantunya faham situasi Kamarul.Tugas Kamarul beralih tangan.

Kamarul berlari laju menuju ke unit siap sedia unit udara.Berlari laju sambil mengenangnya kembali detik-detik indahnya bersama Katrina.Matanya bergenang.Merah.Marah.Hampa.Kecewa.Dendam.Semuanya bersebati di dalam emosinya.

Setibanya di unit siap sedia,Kamarul terus menuju ke arah rak pakaian unit tempur.Dia menyarungkan pakaian tempur,sistem sokongan hidup,sut 'G' dan helmet.Mereka yang berada di dalam bilik dan tahu kejadian yang menimpa Kamarul,menyuruhnya bertenang.Ini kerana bagi mereka,sebarang pertempuran yang melibatkan emosi,akan membahayakan pejuang yang lain.Peperangan mestilah menggunakan taktik.Tidak boleh sesuka hati.

Namun semuanya sia-sia.Kamarul langsung tidak mengendahkan pesanan dan larangan mereka.Selesai mengenakan unit tempur,Kamarul bergegas ke dek penyediaan pesawat.Pengalamannya sebagai pemandu pesawat pejuang,dan pelatih membolehkannya menerbangkan pesawat pada bila-bila masa.

"Tuan! ini adalah arahan,Tuan tidak boleh menaiki pesawat ini." tegas unit penyediaan yang menghalang Kamarul.Kamarul langsung tidak peduli.Dia meluru laju ke arah sebuah pesawat,dan menolak pemandu pesawat yang masih muda,yang telah bersedia di tepi tangga pesawat.

"Ini bukan hari kamu.Biar saya tunjukkan mereka siapa kita." ujar Kamarul kepada pemandu pesawat tadi yang masih tercengang.Kamarul memasuki pesawat.Mengaktifkan semua sistem.Memeriksa semua sistem persenjataan,avionik,radar,komunikasi.Dia berpuas hati.

Di luar KPPTAR, kapal pemusnah mula mengambil langkah berjaga-jaga.Sebuah misil darat-ke-udara yang mereka lepaskan tadi tepat mengenai sebuah pesawat penceroboh.Tembakan yang menimbulkan kemarahan mereka.Di KPPTAR,radar mengesan pertambahan 8 lagi pesawat.Menjadikannya kepada 18 buah.KPPTAR berada di dalam bahaya.KPPTAR mendapat kebenaran dari panglima tentera laut untuk menggunakan kekuatan penuh untuk melawan sementara bantuan dihantar.

Sementara itu,pesawat SU-Flanker pertama bersedia berlepas di atas dek.Krew menetapkan posisi untuk pelepasan.Sebuah lagi bersedia untuk berlepas,berada di belakangnya.Setelah bersedia,pesawat dilepaskan.

Sejurus melepasi dek pelepasan,sebiji peluru berpandu menghentam pesawat tersebut.Letupan kuat kedengaran.Pihak musuh cuba menghalang pesawat pejuang berlepas.Tembakan sokongan untuk menghalang pesawat musuh dilepaskan.Pesawat kedua berlepas.Seperti pesawat pertama,ia juga ditembak ketika berlepas.

Pesawat musuh mula tiba di kawasan zon merah KPPTAR.Zon yang boleh membahayakan kapal.Zon merah adalah radius 10km persegi dari titik tengah KPPTAR.Kapal pengiring KPPTAR bertungkus lumus menghalau penceroboh tersebut.Suasana bingit dengan tembakan dan letupan.

Di sebalik kekecohan tersebut,pesawat Kamarul muncul dari bawah dek dengan menggunakan lif pengangkut pesawat.Kamarul mengambil posisi untuk berlepas.Pelancar telah dipasang pada pesawat.Krew memberikan isyarat untuk berlepas. Kamarul bersedia.Pesawat berlepas dan meluru laju ke hujung dek.Ketika hendak berlepas,sebuah pesawat penceroboh melepaskan sebiji peluru berpandu(misil) ke hujung dek berlepas.Bertujuan untuk menghalang Kamarul.

Kamarul berharap pada nasib.

Misil tadi meluru laju,dan menghentam hujung dek berlepas.Krew yang berada di hujung dek lesap ditelan bebola api yang besar.Pesawat Kamarul tidak kelihatan kerana terlindung di sebalik bebola api tersebut.Semuanya tergamam.Terdiam.Tiada siapa yang tahu adakah Kamarul terselamat dari letupan besar tersebut.

KPPTAR bergegar apabila menerima 'direct hit' dari letupan tersebut.Jauh di dalam bebola api tadi,krew di dek mula melihat kilauan.Kilauan besi.Semakin lama,semakin jelas.Ya,Kamarul telah terselamat dalam letupan tadi menjadi pesawat pertama yang berjaya berlepas. Krew dek bersorak meriah dan terus bersedia untuk perlepasan pesawat yang lain..Dek berlepas tidak terjejas teruk.

Kamarul memecut laju secara menegak ke atas.Dia mesti mempunyai ketinggian yang cukup untuk mengawasi ruang udara.Dia mesti melindungi pesawat lain yang akan berlepas.Itu tugasnya buat masa ini.Tugas yang akan menentukan menang atau kalah.Adalah mustahil untuknya melawan semua pesawat tersebut bersendirian.

Tugasnya yang kedua,membalas dendam.




bersambung............

Wednesday, July 22, 2009

SU-Flanker - 1



"Pastikan sudut pendaratan awk tu betul....." pesan Kamarul melaui radio komunikasi di pos kawalan.
"Saya tahu lah.....hehe...."

"Love you!..." Kamarul bersuara lagi.
"Gatal!...." Katrina tersenyum sendirian sambil cuba mengemudi pesawat latihan F-18 Hornet.Latihannya pada hari tersebut adalah pendaratan solo di atas dek Kapal Pengangkut Pesawat Tengku Abdul Rahman(KPPTAR).Nama sempena nama perdana menteri pertama Malaysia.Kapal pengangkut pesawat tersebut dibeli di Russia.Pembekal senjata utama kepada Malaysia selain Amerika Syarikat.

KPPTAR dikuatkan dengan 28 jet pejuang SU-30 atau lebih dikenali oleh NATO dengan nama FLANKER buatan Russia sebagai pesawat serangan utama.Selain itu,KPPTAR dilengkapi dengan 2 buah pesawat latihan f-18 hornet keluaran Amerika Syarikat dan pelbagai jenis pesawat lagi seperti helikopter super PUMA untuk operasi mencari dan menyelamat,pesawat bekalan,pesawat radar dan juga pesawat risikan.

Mengiringi KPPTAR adalah 2 buah kapal selam scorpene yang mula diperolehi oleh Malaysia pada tahun 2009, 3 kapal pemusnah, 2 kapal logistik dan 1 kapal tangki untuk mengisi minyak.

KPPTAR ditugaskan untuk mengawal zon telaga minyak yang baru ditemui di Laut China Selatan.Telaga yang dikenali dengan nama kod TL00126.Ia ditemui oleh pasukan carigali Petronas pada tahun lepas,iaitu pada tahun 2019.Sejak dari itu.banyak negara jiran mula menuntut hak masing-masing walaupun telaga tersebut jelas berada di dalam perairan malaysia.Pelbagai alasan dikemukakan untuk membolehkan mereka berkongsi kekayaan melalui telaga minyak tersebut.

Malaysia terpaksa menghantar kapal pengangkut pesawat Malaysia yang pertama ke kawasan konflik tersebut.Ini kerana Amerika Syarikat dilihat cuba mengambil kesempatan terhadap konflik yang berlaku di asia tenggara.Mereka telah menghantar pasukan kapal pengangkut pesawat mereka di selatan Filipina.Lokasi yang tidak jauh dari perairan Malaysia.Penghantaran kapal pengangkut pesawat oleh Malaysia bertujuan untuk mengimbangi kekuatan pihak luar.Ini adalah untuk mengelakkan sebarang provokasi mahupun pencerobohan oleh pihak musuh.Suasana agak tegang pada masa tersebut.Pihak Amerika telah melakukan pelbagai provokasi di rantau asia tenggara sejak tahun 2000 lagi.

Peristiwa seperti pengebomanan di Bali,aktiviti 'pengganas' di Selat Melaka,pengeboman pelbagai tempat di Indonesia dalam sela masa beberapa tahun adalah rancangan mereka untuk menakluk kawasan Asia tenggara.Pelbagai helah dilakukan,namun tidak beberapa berjaya.Kini mereka mendesak dengan pelbagai cara lagi untuk membolehkan mereka 'menjejakkan kaki' di asia tenggara.

"Saya serius ni Rina....."
"Jangan nak menggatal...turun nanti saya cubit awak!" balas Katrina sambil menghampiri kapal pengangkut.Rina menyemak kembali semua maklumat penting dan bersedia untuk mendarat.Semua krew di kawasan dek sudah bersedia.Kabel untuk proses pendaratan telah direntangkan.Semua krew berada di posisi masing-masing.Katrina memberikan penuh tumpuan.Kamarul yang berada di pusat pemerintahan KPPTAR tersenyum melihat pesawat Katrina mula bersedia untuk pendaratan.Sudah seminggu dia dan Katrina berpasangan.Pertemuan di kafe KPPTAR 2 bulan lepas telah membuahkan bibit percintaan di antara mereka.Jelingan mata Katrina sangat memukau.Mendebarkan dadanya yang telah lama bersendirian.Kini,Katrina bagaikan sinar hidupnya yang baru.Dia akan melakukan apa sahaja untuk membahagiakan Katrina.

Kamarul yang bertugas sebagai ketua skuardon udara di pesawat tersebut asalnya adalah pemandu pesawat pejuang.Pernah dianugerahkan pingat keberanian oleh pihak tentera Malaysia.Dia adalah antara pemandu pesawat pejuang yang dihormati.Kini dia bertugas untuk memantau operasi penerbangan di KPPTAR.Tugas yang mencabar.Walaupun berada di pos pemerintah yang dikenali dengan nama 'island' kerana ia adalah satu-satunya struktur yang 'timbul' seperti pulau di atas dek yang dipenuhi pesawat,hati Kamarul tetap di dalam kokpit pesawat.

Dia hanya tersenyum mengenangkan kenangannya memandu pesawat.Dan beliau berhenti tersenyum bila mengenangkan kemalangan pesawat pada 2018 yang mengorbankan pembantunya ketika itu, Hashim.Seorang veteran yang memantau penerbangannya.Seorang rakan rapat.Seorang Mentor.Seorang yang Kamarul anggap seperti seorang ayah.Sejak kemalangan itu,Kamarul seolah-olah fobia untuk terbang.Pihak atasan yang memahami dan menghormati pengalaman Kamarul telah memberikan tugas baru sebagai pemantau operasi penerbangan di KPPTAR.Kamarul menerimanya dengan terbuka.Sekurang-kurangnya dia masih lagi dapat 'bermain' dengan pesawat.

"Tuan! boogey dari arah utara.5 objek dikesan dan menuju ke arah kita dengan pantas." ujar jururadar dari unit tempur.
"Ada mereka sahkan pengenalan?" balas Kamarul.

"Tidak tuan."
"Pihak Amerika?"

"Mungkin."
"Tak habis-habis nak buat provokasi,minggu lepas bagi alasan nak buat latihan."

"Tuan! boogey dari arah timur.6 objek dikesan."
"Itu dari perairan Vietnam.Konflik Vietnam dengan Amerika belum selesai?" soal Kamarul di dalam hati.


Tiba-tiba sistem amaran KPPTAR berbunyi.Amaran menunjukkan 2 buah misil datang menuju ke arah mereka.Krew KPPTAR mula mengaktifkan pertahanan udara.Dari 2 buah misil,ia meningkat kepada 3 buah.Kamarul mula berpeluh.Dia tidak pasti apa yang cuba dimainkan oleh Amerika dan Vietnam.Adakah KPPTAR akan terjebak dalam peperangan mereka?


BOMMMMM!!!! Sebiji misil berjaya ditangkis dengan sistem Sea Sparrow,juga buatan Amerika.2 biji misil berjaya melepasi pertahanan KPPTAR.Sebiji tepat mengenai kapal pemusnah yang mengiringi KPPTAR.Namun kerosakannya tidak teruk.

Kamarul memandang cemas ke arah pesawat Katrina yang bersedia untuk mendarat.

Sebiji misil meluru laju dan tepat-tepat mengenai kemudi belakang pesawat yang dipandu Katrina ketika pesawat tersebut hampir mendarat.Pesawat Katrina berkecai di bahagian belakang dan hanya bahagian hadapan terselamat.Bahagian hadapan pesawat tersebut meluncur laju menuju ke bucu tepi dek KPPTAR dan tersangkut di situ.Hampir terjatuh ke dalam laut.

Kamarul menjerit memanggil nama Katrina.Tanpa membuang masa,dia meluru turun dari pusat kawalan.Berlari menuju ke arah Katrina yang masih terperangkap di dalam kokpit pesawat.Ketika tiba,beberapa krew dek cuba mengeluarkan Katrina.Cermin kokpit dibuka.Kamarul menanggalkan topi Katrina.Kamarul melihat Katrina tersenyum kepadanya.

"I love u too...." ujar Katrina sambil tersenyum lemah.Hasil dari impak kemalangan tersebut,Katrina cedera parah.Tangannya kelihatan seperti patah.Ada darah mengalir di bibir mulusnya.Dia kelihatan amat lemah sekali.Namun masih berusaha untuk senyum.

"Awak akan selamat...Saya akan selamatkan awak...saya akan selamatkan awak...." ujar Kamarul berulang kali sambil cuba mencapai pin tali pinggang keselamatan yang mengikat Katrina.Katrina tersenyum.Tersenyum kepada buah hatinya.Orang yang telah berjaya memikatnya ketika dia menjalani latihan di KPPTAR.Orang yang berjaya membuatkan hatinya berbunga dan gembira.

Kamarul terus cuba membuka tali pinggang keselamatan Katrina.Elok kamarul mahu membuka tali pinggang,tiba-tiba bahagian kokpit tersebut menggelungsur dan terjatuh ke dalam laut.Ketika itu,Kamarul telah ditarik oleh krew lain untuk mengelakkan mereka dari terjatuh sama.Kamarul hanya mampu menjerit nama Katrina sekuat-kuatnya.Jeritan yang tidak dapat mengubah apa-apa.

Kamarul dengan jelas dapat melihat Katrina tersenyum kepadanya ketika ia sedang jatuh ke dalam laut.Senyuman penuh makna.Senyuman tersebut hilang apabila bahagian depan kokpit pesawat tersebut tenggelam ke dalam air.

Katrina telah terperangkap di dalam kokpit yang sedang tenggelam ke dasar laut.Kamarul tahu,Katrina tidak mungkin akan terselamat.Tekanan air sedalam 700 meter itu sahaja boleh membunuh Katrina.

Air mata Kamarul mengalir.Tangannya digenggam erat.Nafasnya turun naik menahan marah.



"Bangsat ini semua perlu diajar!" jerit Kamarul sambil memandang ke langit.













bersambung.................

Tuesday, July 21, 2009

Tukang Kebun - 6 ( TAMAT)

"Apa ni!!! jgn la main sembur-sembur."marah Misha sambil berlalu pergi ke bilik air.Razif mengelap-ngelap bibirnya dengan tisu.Tak sangka betul Misha nak tanya soalan macam tu.Terkejut dibuatnya.

TRITTT TRITTT....TRITTTT TRITTTT.....

Telefon Razif berbunyi.Muka Razif berubah.Berubah serta merta.

"Hello.." Razif menjawab.
"Razif, SAH,kamu kena ke Jepun sekarang.Ada kecemasan di sana.Baru tadi rakan kamu minta bantuan.Dia tak dapat melakukanya bersendirian.Dia perlukan kamu.Kamu kena ke sana segera! Sekarang!" tut......tut....telefon diletakkan.

Kebetulan pada masa yang sama,Dato' Mustafa pulang ke rumah.Puas dia memikirkan bagaimana untuk meningkatkan perniagaannya.Dato' Mustafa keluar dari kereta.Dia melihat Razif sedang menuju ke arah stor dan terus menghidupkan motor.Nampak tergesa-gesa.

"Ha,kamu nak ke mana ni? Kerja dah siap ke belum?"
"Maaf dato',saya ada hal yang sangat penting.Untuk hari ni,dato' tak payah bayar gaji saya.Besok saya sambung kerja saya semula.ok dato'?"

"Baiklah...besok siapkan kerja kamu." balas dato' Mustafa.
"Terima kasih dato'.." ujar Razif sambil berlalu pergi.

Misha yang memerhatikan kejadian tersebut curiga.Kenapa tiba-tiba Razif pergi.Sebelum ni pernah sekali Razif buat benda yang sama.Sedang sibuk makan-makan....tiba-tiba bergegas keluar bila dapat panggilan.Misha tak puas hati,dia mesti tahu apa yang Razif buat.

Misha menghidupkan motor dan terus keluar.Dato' Mustafa yang baru sampai ke kolam renang ternampak Misha yang bergegas keluar.Puas dia memanggil Misha namun tidak didengari oleh Misha.Dato' Mustafa memanggil Pakcik Salim dan mereka terus mengekori Misha.

Dato' Mustafa mengekori Misha,Misha pula mengekori Razif.

Setelah 10 minit mengekori Razif secara senyap-senyap,Misha akhirnya tiba di sebuah kawasan agak sunyi dan terpencil.Dia memberhentikan motornya.Dari jauh Misha nampak Razif menghampiri sekumpulan lelaki di dalam hutan.Lelaki seramai 4 orang.Lelaki-lelaki tersebut datang menaiki MPV hitam.Persis seperti pasukan FBI yang melakukan operasi sulit.Razif kerja dengan agensi rahsia? Agensi penyiasat kerajaan? Musuh negara? Wira negara? Misha buntu.

Dato' Mustafa yang tiba tidak jauh dari Misha mula turun dari kereta.Dia menghampiri Misha yang leka memerhatikan Razif.Dato' Mustafa menutup mulut Misha agar jeritan Misha tidak didengari oleh Razif jika Misha menjerit.Misha yang terkejut mulutnya ditutup dari belakang cuba untuk menjerit,tapi kembali tenang apabila melihat papanya sendiri di belakang.Mereka berdua kembali memerhatikan Razif.

"Cukup lah,lepas ni saya tak buat menda macam ni lagi.Ini kali terakhir."ujar Razif.
"Razif,ini adalah dana untuk kita juga.Kita perlukan wang untuk beroperasi.Ini adalah salah satu caranya.Operasi kita memang mahal.Kita perlukan dana.Kita bukan di bawah kerajaan." balas orang itu.Orang yang selalu jumpa Razif di biliknya.

"Baiklah.Tapi lepas ni cari lah benda yang elok sikit.Menjatuhkan maruah saya macam ni."
"Ok..ok...kami akan cuba.Setakat ini,inilah yang kami mampu.Sedikit masa lagi kita mungkin akan dapat benda yang lagi sesuai.Buat sementara waktu sahaja.ok? janji!" orang itu memberikan janji kepada Razif.

"Janji.Kalau tak,lepas ni saya tak nak buat lagi." Razif mengulang-ulang 'ugutannya'.
"Jangan risau,kami akan bayar kamu."

"Ye lah,pergi jauh sikit.Saya nak buat kerja saya."
"Ok,barang tu semua saya dah letak belakang pokok tu.Nanti jgn lupa pakai ok?"

"yelah...pergi jauh-jauh"...balas Razif.

Misha dan Dato' Mustafa terpinga-pinga.Mereka masih tak dapat menangkap apa yang berlaku.Mereka hanya melihat Razif bergerak ke kawasan yanga agak lapang,dan mengeluarkan sesuatu dari poketnya.Dilihatnya Razif memegang benda tersebut sambil menjerit.....


"Bertukar kepada ULTRAMANNNNNN!!!!"


Lantas,Razif tiba-tiba bertukar menjadi ultraman.Misha ternganga.Dato' Mustafa terduduk.Kelihatan lelaki-lelaki di tepi MPV tadi tenang melihat ultraman tersebut.Ultraman tersebut pergi ke satu sudut dan mengangkat 'banner' berbentuk seperti bendera.

"Aku nak kau pacak banner tu masa ko landing kat jepun nanti! Pesanan client tu.Ko jgn tak pacak pulak.Banyak dia dah bayar kat kita.Ko jgn buat hal pulak." jerit lelaki yang bercakap dengan Razif tadi.
"Lepas ni,aku tak nak dah buat kerja-kerja pengiklanan camni sambil lawan dengan raksasa.Apa punya miskin pusat kawalan ultraman cawangan Malaysia.Malu aku korang tau tak? Cari la iklan pekdah sikit!" bebel ultraman tadi sambil mengangkat 'banner'.

Ultraman tadi terus terbang dan menghilang di sebalik awan.

Pada banner tersebut terpapar dengan jelas iklan dalam tulisan jepun (setelah dialih ke bahasa melayu)...


"INGIN MENJADI JUTAWAN? DUDUK SENANG LENANG DI RUMAH? HUBUNGI KAMI DI.... www.lepakrumahgoyangkaki.com."













Dari jauh,walaupun terkejut,Dato' Mustafa mula tersenyum.Dia dah jumpa jalan penyelesaian kepada perniagaannya.Pengiklanan oleh ultraman.Mesti berkesan!

Misha tergamam.Dia masih tak percaya tukang kebunnya adalah ultraman....dan ultraman tersebut boleh membebel dalam bahasa melayu!



-TAMAT-












p/s: Why sooooo seriouuussss? ha ha ha hapacrita.... dah lihat kat banner atas tu? 'Cerita bersiri di luar tabie..'.. ha ha ha