Tuesday, July 28, 2009

SU-Flanker - 2




-Rujukan untuk mereka yang gagal berimiginasi keadaan di pesawat pengangkut-




Krew dek KPPTAR cuba menenangkan Kamarul.Kamarul bangun dari duduknya.Lantas terus berlari ke unit udara.Kamarul menyerahkan tugas pemantauan kepada pembantu kanannya melalui radio.Pembantunya faham situasi Kamarul.Tugas Kamarul beralih tangan.

Kamarul berlari laju menuju ke unit siap sedia unit udara.Berlari laju sambil mengenangnya kembali detik-detik indahnya bersama Katrina.Matanya bergenang.Merah.Marah.Hampa.Kecewa.Dendam.Semuanya bersebati di dalam emosinya.

Setibanya di unit siap sedia,Kamarul terus menuju ke arah rak pakaian unit tempur.Dia menyarungkan pakaian tempur,sistem sokongan hidup,sut 'G' dan helmet.Mereka yang berada di dalam bilik dan tahu kejadian yang menimpa Kamarul,menyuruhnya bertenang.Ini kerana bagi mereka,sebarang pertempuran yang melibatkan emosi,akan membahayakan pejuang yang lain.Peperangan mestilah menggunakan taktik.Tidak boleh sesuka hati.

Namun semuanya sia-sia.Kamarul langsung tidak mengendahkan pesanan dan larangan mereka.Selesai mengenakan unit tempur,Kamarul bergegas ke dek penyediaan pesawat.Pengalamannya sebagai pemandu pesawat pejuang,dan pelatih membolehkannya menerbangkan pesawat pada bila-bila masa.

"Tuan! ini adalah arahan,Tuan tidak boleh menaiki pesawat ini." tegas unit penyediaan yang menghalang Kamarul.Kamarul langsung tidak peduli.Dia meluru laju ke arah sebuah pesawat,dan menolak pemandu pesawat yang masih muda,yang telah bersedia di tepi tangga pesawat.

"Ini bukan hari kamu.Biar saya tunjukkan mereka siapa kita." ujar Kamarul kepada pemandu pesawat tadi yang masih tercengang.Kamarul memasuki pesawat.Mengaktifkan semua sistem.Memeriksa semua sistem persenjataan,avionik,radar,komunikasi.Dia berpuas hati.

Di luar KPPTAR, kapal pemusnah mula mengambil langkah berjaga-jaga.Sebuah misil darat-ke-udara yang mereka lepaskan tadi tepat mengenai sebuah pesawat penceroboh.Tembakan yang menimbulkan kemarahan mereka.Di KPPTAR,radar mengesan pertambahan 8 lagi pesawat.Menjadikannya kepada 18 buah.KPPTAR berada di dalam bahaya.KPPTAR mendapat kebenaran dari panglima tentera laut untuk menggunakan kekuatan penuh untuk melawan sementara bantuan dihantar.

Sementara itu,pesawat SU-Flanker pertama bersedia berlepas di atas dek.Krew menetapkan posisi untuk pelepasan.Sebuah lagi bersedia untuk berlepas,berada di belakangnya.Setelah bersedia,pesawat dilepaskan.

Sejurus melepasi dek pelepasan,sebiji peluru berpandu menghentam pesawat tersebut.Letupan kuat kedengaran.Pihak musuh cuba menghalang pesawat pejuang berlepas.Tembakan sokongan untuk menghalang pesawat musuh dilepaskan.Pesawat kedua berlepas.Seperti pesawat pertama,ia juga ditembak ketika berlepas.

Pesawat musuh mula tiba di kawasan zon merah KPPTAR.Zon yang boleh membahayakan kapal.Zon merah adalah radius 10km persegi dari titik tengah KPPTAR.Kapal pengiring KPPTAR bertungkus lumus menghalau penceroboh tersebut.Suasana bingit dengan tembakan dan letupan.

Di sebalik kekecohan tersebut,pesawat Kamarul muncul dari bawah dek dengan menggunakan lif pengangkut pesawat.Kamarul mengambil posisi untuk berlepas.Pelancar telah dipasang pada pesawat.Krew memberikan isyarat untuk berlepas. Kamarul bersedia.Pesawat berlepas dan meluru laju ke hujung dek.Ketika hendak berlepas,sebuah pesawat penceroboh melepaskan sebiji peluru berpandu(misil) ke hujung dek berlepas.Bertujuan untuk menghalang Kamarul.

Kamarul berharap pada nasib.

Misil tadi meluru laju,dan menghentam hujung dek berlepas.Krew yang berada di hujung dek lesap ditelan bebola api yang besar.Pesawat Kamarul tidak kelihatan kerana terlindung di sebalik bebola api tersebut.Semuanya tergamam.Terdiam.Tiada siapa yang tahu adakah Kamarul terselamat dari letupan besar tersebut.

KPPTAR bergegar apabila menerima 'direct hit' dari letupan tersebut.Jauh di dalam bebola api tadi,krew di dek mula melihat kilauan.Kilauan besi.Semakin lama,semakin jelas.Ya,Kamarul telah terselamat dalam letupan tadi menjadi pesawat pertama yang berjaya berlepas. Krew dek bersorak meriah dan terus bersedia untuk perlepasan pesawat yang lain..Dek berlepas tidak terjejas teruk.

Kamarul memecut laju secara menegak ke atas.Dia mesti mempunyai ketinggian yang cukup untuk mengawasi ruang udara.Dia mesti melindungi pesawat lain yang akan berlepas.Itu tugasnya buat masa ini.Tugas yang akan menentukan menang atau kalah.Adalah mustahil untuknya melawan semua pesawat tersebut bersendirian.

Tugasnya yang kedua,membalas dendam.




bersambung............

Wednesday, July 22, 2009

SU-Flanker - 1



"Pastikan sudut pendaratan awk tu betul....." pesan Kamarul melaui radio komunikasi di pos kawalan.
"Saya tahu lah.....hehe...."

"Love you!..." Kamarul bersuara lagi.
"Gatal!...." Katrina tersenyum sendirian sambil cuba mengemudi pesawat latihan F-18 Hornet.Latihannya pada hari tersebut adalah pendaratan solo di atas dek Kapal Pengangkut Pesawat Tengku Abdul Rahman(KPPTAR).Nama sempena nama perdana menteri pertama Malaysia.Kapal pengangkut pesawat tersebut dibeli di Russia.Pembekal senjata utama kepada Malaysia selain Amerika Syarikat.

KPPTAR dikuatkan dengan 28 jet pejuang SU-30 atau lebih dikenali oleh NATO dengan nama FLANKER buatan Russia sebagai pesawat serangan utama.Selain itu,KPPTAR dilengkapi dengan 2 buah pesawat latihan f-18 hornet keluaran Amerika Syarikat dan pelbagai jenis pesawat lagi seperti helikopter super PUMA untuk operasi mencari dan menyelamat,pesawat bekalan,pesawat radar dan juga pesawat risikan.

Mengiringi KPPTAR adalah 2 buah kapal selam scorpene yang mula diperolehi oleh Malaysia pada tahun 2009, 3 kapal pemusnah, 2 kapal logistik dan 1 kapal tangki untuk mengisi minyak.

KPPTAR ditugaskan untuk mengawal zon telaga minyak yang baru ditemui di Laut China Selatan.Telaga yang dikenali dengan nama kod TL00126.Ia ditemui oleh pasukan carigali Petronas pada tahun lepas,iaitu pada tahun 2019.Sejak dari itu.banyak negara jiran mula menuntut hak masing-masing walaupun telaga tersebut jelas berada di dalam perairan malaysia.Pelbagai alasan dikemukakan untuk membolehkan mereka berkongsi kekayaan melalui telaga minyak tersebut.

Malaysia terpaksa menghantar kapal pengangkut pesawat Malaysia yang pertama ke kawasan konflik tersebut.Ini kerana Amerika Syarikat dilihat cuba mengambil kesempatan terhadap konflik yang berlaku di asia tenggara.Mereka telah menghantar pasukan kapal pengangkut pesawat mereka di selatan Filipina.Lokasi yang tidak jauh dari perairan Malaysia.Penghantaran kapal pengangkut pesawat oleh Malaysia bertujuan untuk mengimbangi kekuatan pihak luar.Ini adalah untuk mengelakkan sebarang provokasi mahupun pencerobohan oleh pihak musuh.Suasana agak tegang pada masa tersebut.Pihak Amerika telah melakukan pelbagai provokasi di rantau asia tenggara sejak tahun 2000 lagi.

Peristiwa seperti pengebomanan di Bali,aktiviti 'pengganas' di Selat Melaka,pengeboman pelbagai tempat di Indonesia dalam sela masa beberapa tahun adalah rancangan mereka untuk menakluk kawasan Asia tenggara.Pelbagai helah dilakukan,namun tidak beberapa berjaya.Kini mereka mendesak dengan pelbagai cara lagi untuk membolehkan mereka 'menjejakkan kaki' di asia tenggara.

"Saya serius ni Rina....."
"Jangan nak menggatal...turun nanti saya cubit awak!" balas Katrina sambil menghampiri kapal pengangkut.Rina menyemak kembali semua maklumat penting dan bersedia untuk mendarat.Semua krew di kawasan dek sudah bersedia.Kabel untuk proses pendaratan telah direntangkan.Semua krew berada di posisi masing-masing.Katrina memberikan penuh tumpuan.Kamarul yang berada di pusat pemerintahan KPPTAR tersenyum melihat pesawat Katrina mula bersedia untuk pendaratan.Sudah seminggu dia dan Katrina berpasangan.Pertemuan di kafe KPPTAR 2 bulan lepas telah membuahkan bibit percintaan di antara mereka.Jelingan mata Katrina sangat memukau.Mendebarkan dadanya yang telah lama bersendirian.Kini,Katrina bagaikan sinar hidupnya yang baru.Dia akan melakukan apa sahaja untuk membahagiakan Katrina.

Kamarul yang bertugas sebagai ketua skuardon udara di pesawat tersebut asalnya adalah pemandu pesawat pejuang.Pernah dianugerahkan pingat keberanian oleh pihak tentera Malaysia.Dia adalah antara pemandu pesawat pejuang yang dihormati.Kini dia bertugas untuk memantau operasi penerbangan di KPPTAR.Tugas yang mencabar.Walaupun berada di pos pemerintah yang dikenali dengan nama 'island' kerana ia adalah satu-satunya struktur yang 'timbul' seperti pulau di atas dek yang dipenuhi pesawat,hati Kamarul tetap di dalam kokpit pesawat.

Dia hanya tersenyum mengenangkan kenangannya memandu pesawat.Dan beliau berhenti tersenyum bila mengenangkan kemalangan pesawat pada 2018 yang mengorbankan pembantunya ketika itu, Hashim.Seorang veteran yang memantau penerbangannya.Seorang rakan rapat.Seorang Mentor.Seorang yang Kamarul anggap seperti seorang ayah.Sejak kemalangan itu,Kamarul seolah-olah fobia untuk terbang.Pihak atasan yang memahami dan menghormati pengalaman Kamarul telah memberikan tugas baru sebagai pemantau operasi penerbangan di KPPTAR.Kamarul menerimanya dengan terbuka.Sekurang-kurangnya dia masih lagi dapat 'bermain' dengan pesawat.

"Tuan! boogey dari arah utara.5 objek dikesan dan menuju ke arah kita dengan pantas." ujar jururadar dari unit tempur.
"Ada mereka sahkan pengenalan?" balas Kamarul.

"Tidak tuan."
"Pihak Amerika?"

"Mungkin."
"Tak habis-habis nak buat provokasi,minggu lepas bagi alasan nak buat latihan."

"Tuan! boogey dari arah timur.6 objek dikesan."
"Itu dari perairan Vietnam.Konflik Vietnam dengan Amerika belum selesai?" soal Kamarul di dalam hati.


Tiba-tiba sistem amaran KPPTAR berbunyi.Amaran menunjukkan 2 buah misil datang menuju ke arah mereka.Krew KPPTAR mula mengaktifkan pertahanan udara.Dari 2 buah misil,ia meningkat kepada 3 buah.Kamarul mula berpeluh.Dia tidak pasti apa yang cuba dimainkan oleh Amerika dan Vietnam.Adakah KPPTAR akan terjebak dalam peperangan mereka?


BOMMMMM!!!! Sebiji misil berjaya ditangkis dengan sistem Sea Sparrow,juga buatan Amerika.2 biji misil berjaya melepasi pertahanan KPPTAR.Sebiji tepat mengenai kapal pemusnah yang mengiringi KPPTAR.Namun kerosakannya tidak teruk.

Kamarul memandang cemas ke arah pesawat Katrina yang bersedia untuk mendarat.

Sebiji misil meluru laju dan tepat-tepat mengenai kemudi belakang pesawat yang dipandu Katrina ketika pesawat tersebut hampir mendarat.Pesawat Katrina berkecai di bahagian belakang dan hanya bahagian hadapan terselamat.Bahagian hadapan pesawat tersebut meluncur laju menuju ke bucu tepi dek KPPTAR dan tersangkut di situ.Hampir terjatuh ke dalam laut.

Kamarul menjerit memanggil nama Katrina.Tanpa membuang masa,dia meluru turun dari pusat kawalan.Berlari menuju ke arah Katrina yang masih terperangkap di dalam kokpit pesawat.Ketika tiba,beberapa krew dek cuba mengeluarkan Katrina.Cermin kokpit dibuka.Kamarul menanggalkan topi Katrina.Kamarul melihat Katrina tersenyum kepadanya.

"I love u too...." ujar Katrina sambil tersenyum lemah.Hasil dari impak kemalangan tersebut,Katrina cedera parah.Tangannya kelihatan seperti patah.Ada darah mengalir di bibir mulusnya.Dia kelihatan amat lemah sekali.Namun masih berusaha untuk senyum.

"Awak akan selamat...Saya akan selamatkan awak...saya akan selamatkan awak...." ujar Kamarul berulang kali sambil cuba mencapai pin tali pinggang keselamatan yang mengikat Katrina.Katrina tersenyum.Tersenyum kepada buah hatinya.Orang yang telah berjaya memikatnya ketika dia menjalani latihan di KPPTAR.Orang yang berjaya membuatkan hatinya berbunga dan gembira.

Kamarul terus cuba membuka tali pinggang keselamatan Katrina.Elok kamarul mahu membuka tali pinggang,tiba-tiba bahagian kokpit tersebut menggelungsur dan terjatuh ke dalam laut.Ketika itu,Kamarul telah ditarik oleh krew lain untuk mengelakkan mereka dari terjatuh sama.Kamarul hanya mampu menjerit nama Katrina sekuat-kuatnya.Jeritan yang tidak dapat mengubah apa-apa.

Kamarul dengan jelas dapat melihat Katrina tersenyum kepadanya ketika ia sedang jatuh ke dalam laut.Senyuman penuh makna.Senyuman tersebut hilang apabila bahagian depan kokpit pesawat tersebut tenggelam ke dalam air.

Katrina telah terperangkap di dalam kokpit yang sedang tenggelam ke dasar laut.Kamarul tahu,Katrina tidak mungkin akan terselamat.Tekanan air sedalam 700 meter itu sahaja boleh membunuh Katrina.

Air mata Kamarul mengalir.Tangannya digenggam erat.Nafasnya turun naik menahan marah.



"Bangsat ini semua perlu diajar!" jerit Kamarul sambil memandang ke langit.













bersambung.................

Tuesday, July 21, 2009

Tukang Kebun - 6 ( TAMAT)

"Apa ni!!! jgn la main sembur-sembur."marah Misha sambil berlalu pergi ke bilik air.Razif mengelap-ngelap bibirnya dengan tisu.Tak sangka betul Misha nak tanya soalan macam tu.Terkejut dibuatnya.

TRITTT TRITTT....TRITTTT TRITTTT.....

Telefon Razif berbunyi.Muka Razif berubah.Berubah serta merta.

"Hello.." Razif menjawab.
"Razif, SAH,kamu kena ke Jepun sekarang.Ada kecemasan di sana.Baru tadi rakan kamu minta bantuan.Dia tak dapat melakukanya bersendirian.Dia perlukan kamu.Kamu kena ke sana segera! Sekarang!" tut......tut....telefon diletakkan.

Kebetulan pada masa yang sama,Dato' Mustafa pulang ke rumah.Puas dia memikirkan bagaimana untuk meningkatkan perniagaannya.Dato' Mustafa keluar dari kereta.Dia melihat Razif sedang menuju ke arah stor dan terus menghidupkan motor.Nampak tergesa-gesa.

"Ha,kamu nak ke mana ni? Kerja dah siap ke belum?"
"Maaf dato',saya ada hal yang sangat penting.Untuk hari ni,dato' tak payah bayar gaji saya.Besok saya sambung kerja saya semula.ok dato'?"

"Baiklah...besok siapkan kerja kamu." balas dato' Mustafa.
"Terima kasih dato'.." ujar Razif sambil berlalu pergi.

Misha yang memerhatikan kejadian tersebut curiga.Kenapa tiba-tiba Razif pergi.Sebelum ni pernah sekali Razif buat benda yang sama.Sedang sibuk makan-makan....tiba-tiba bergegas keluar bila dapat panggilan.Misha tak puas hati,dia mesti tahu apa yang Razif buat.

Misha menghidupkan motor dan terus keluar.Dato' Mustafa yang baru sampai ke kolam renang ternampak Misha yang bergegas keluar.Puas dia memanggil Misha namun tidak didengari oleh Misha.Dato' Mustafa memanggil Pakcik Salim dan mereka terus mengekori Misha.

Dato' Mustafa mengekori Misha,Misha pula mengekori Razif.

Setelah 10 minit mengekori Razif secara senyap-senyap,Misha akhirnya tiba di sebuah kawasan agak sunyi dan terpencil.Dia memberhentikan motornya.Dari jauh Misha nampak Razif menghampiri sekumpulan lelaki di dalam hutan.Lelaki seramai 4 orang.Lelaki-lelaki tersebut datang menaiki MPV hitam.Persis seperti pasukan FBI yang melakukan operasi sulit.Razif kerja dengan agensi rahsia? Agensi penyiasat kerajaan? Musuh negara? Wira negara? Misha buntu.

Dato' Mustafa yang tiba tidak jauh dari Misha mula turun dari kereta.Dia menghampiri Misha yang leka memerhatikan Razif.Dato' Mustafa menutup mulut Misha agar jeritan Misha tidak didengari oleh Razif jika Misha menjerit.Misha yang terkejut mulutnya ditutup dari belakang cuba untuk menjerit,tapi kembali tenang apabila melihat papanya sendiri di belakang.Mereka berdua kembali memerhatikan Razif.

"Cukup lah,lepas ni saya tak buat menda macam ni lagi.Ini kali terakhir."ujar Razif.
"Razif,ini adalah dana untuk kita juga.Kita perlukan wang untuk beroperasi.Ini adalah salah satu caranya.Operasi kita memang mahal.Kita perlukan dana.Kita bukan di bawah kerajaan." balas orang itu.Orang yang selalu jumpa Razif di biliknya.

"Baiklah.Tapi lepas ni cari lah benda yang elok sikit.Menjatuhkan maruah saya macam ni."
"Ok..ok...kami akan cuba.Setakat ini,inilah yang kami mampu.Sedikit masa lagi kita mungkin akan dapat benda yang lagi sesuai.Buat sementara waktu sahaja.ok? janji!" orang itu memberikan janji kepada Razif.

"Janji.Kalau tak,lepas ni saya tak nak buat lagi." Razif mengulang-ulang 'ugutannya'.
"Jangan risau,kami akan bayar kamu."

"Ye lah,pergi jauh sikit.Saya nak buat kerja saya."
"Ok,barang tu semua saya dah letak belakang pokok tu.Nanti jgn lupa pakai ok?"

"yelah...pergi jauh-jauh"...balas Razif.

Misha dan Dato' Mustafa terpinga-pinga.Mereka masih tak dapat menangkap apa yang berlaku.Mereka hanya melihat Razif bergerak ke kawasan yanga agak lapang,dan mengeluarkan sesuatu dari poketnya.Dilihatnya Razif memegang benda tersebut sambil menjerit.....


"Bertukar kepada ULTRAMANNNNNN!!!!"


Lantas,Razif tiba-tiba bertukar menjadi ultraman.Misha ternganga.Dato' Mustafa terduduk.Kelihatan lelaki-lelaki di tepi MPV tadi tenang melihat ultraman tersebut.Ultraman tersebut pergi ke satu sudut dan mengangkat 'banner' berbentuk seperti bendera.

"Aku nak kau pacak banner tu masa ko landing kat jepun nanti! Pesanan client tu.Ko jgn tak pacak pulak.Banyak dia dah bayar kat kita.Ko jgn buat hal pulak." jerit lelaki yang bercakap dengan Razif tadi.
"Lepas ni,aku tak nak dah buat kerja-kerja pengiklanan camni sambil lawan dengan raksasa.Apa punya miskin pusat kawalan ultraman cawangan Malaysia.Malu aku korang tau tak? Cari la iklan pekdah sikit!" bebel ultraman tadi sambil mengangkat 'banner'.

Ultraman tadi terus terbang dan menghilang di sebalik awan.

Pada banner tersebut terpapar dengan jelas iklan dalam tulisan jepun (setelah dialih ke bahasa melayu)...


"INGIN MENJADI JUTAWAN? DUDUK SENANG LENANG DI RUMAH? HUBUNGI KAMI DI.... www.lepakrumahgoyangkaki.com."













Dari jauh,walaupun terkejut,Dato' Mustafa mula tersenyum.Dia dah jumpa jalan penyelesaian kepada perniagaannya.Pengiklanan oleh ultraman.Mesti berkesan!

Misha tergamam.Dia masih tak percaya tukang kebunnya adalah ultraman....dan ultraman tersebut boleh membebel dalam bahasa melayu!



-TAMAT-












p/s: Why sooooo seriouuussss? ha ha ha hapacrita.... dah lihat kat banner atas tu? 'Cerita bersiri di luar tabie..'.. ha ha ha

Tukang Kebun - 5

"Salah satu kilang perabot kita terbakar dato'.."
"Apaaa!!!......" dato' Mustafa terkejut.

"Anggota bomba dah ada kat sana.Dato' jangan bimbang,semua barang dalam tu kita boleh ganti balik dengan insuran..."
"Nasib baik saya insurankan kilang tu,kalau tak,boleh bangkrap kita."

"Laporkan kepada saya hasil siasatan polis nanti.Apa-apahal,beritahu saya."
"Baik Dato'..."

Dato Mustafa termenung.Semakin banyak dugaan di dalam perniagaannya.



*******



TOK! TOK! TOK!.....


Razif baru selesai solat maghrib.Dia pergi membuka pintu.Masih lagi orang yang sama.Orang yang datang memberikan fail.Razif sudah tidak mahu lagi terlibat dalam menda ni.

"Maaf,saya betul-betul tidak mahu teruskan lagi" Razif bersuara.

"Tolonglah Razif,kami hanya berharap kepada kamu.Kamu satu-satunya peluang kami.Pasal bayaran,jangan risau." rayu orang itu.
"Tapi,dengan buat menda macam ni,maruah saya juga tercalar.Saya kena jaga maruah saya juga.Cukuplah yang dulu.Saya tak mahu buat lagi.Yang dulu pun,saya masih lagi tanggung kesannya."

"Bukan susah tugas kamu.Saya sudah sediakan barangnya.KEMUNGKINAN kali ini tugas kamu adalah kat Malaysia.Kalau tak Malaysia,kamu akan je Jepun.Semuanya terpulang.Nanti saya akan sampaikan berita kepada kamu.Saya harap kamu akan dapat tolong kami.Hanya kami yang tahu rahsia pasal kamu.Pasal bayaran,seperti saya cakap tadi,jangan risau.Jumpa lagi." orang itu berlalu pergi.

Razif terkulat-kulat.Bayaran memang lumayan.Walaupun orang ramai tidak mengenalinya,dia tetap rasa maruahnya tercalar.Tapi memikirkan duit yang banyak,dia boleh menyambung pelajarannya yang tergendala.Razif mesti membuat pilihan.



*********


Keesokannya,Razif pergi ke rumah dato' Mustafa seperti biasa.Setelah makan tengah hari dan solat zohor di stor,Razif kembali menyambung kerjanya.Hari mulai petang.Kelihatan Pakcik Salim memandu kereta rasmi keluarga Dato' Mustafa perlahan-lahan masuk ke kawasan rumah.Misha membuka pintu dan turun dari kereta.Masih lengkap berpakaian sekolah.Ulangkaji di perpustakaan rasanya.Ketika menuju ke pintu,Misha menjeling tajam ke arah Razif.Masih bengang pasal hal semalam.Razif tersenyum.

Petangnya seperti biasa,Misha lepak di ruang istirehat.Dia sudah bosan menonton tv.Razif yang melihat Misha bersendirian mula menghampiri Misha.

"Termenung ja?" tanya Razif...
"Ye la." ringkas balas Misha.

"Marah lagi?"
"Marah."

"Sebenarnya,abg mana pandai nak jawab soalan matematik tu."
"Habis tu,kat rumah ni,selain abg Razif,sapa lagi yang ada.Hari tu soalan yang Misha tak dapat jawab,tiba-tiba ada jawapan kat atas meja.Sapa lagi kalau bukan abang Razif yang buat."

"OOOO.....hahaaha..." Razif tergelak besar.
"Kenapa gelak?"

"Aritu ada budak sekolah Misha,dia cakap nama dia Saiful.Dia suruh abg bagi jawapan.jadi abg pun tgk-tgk la keadaan sama.Saja nak bagi seperais sikit kat Misha.Ha ha ha..."
"Saiful?.....Saiful? Haihh....kat sekolah saya tegur sombong amat sangat.Ego bukan main.Berlagak.Tau la dia hensem.Apa mimpi dia datang bagi soalan pulak.....oh ya....betullah...silibus kelas dia 1 tajuk lebih awal dari kelas Misha....patut laaaa dia bagi jawapan.Ciss....menyesal Misha pikir abg ni bijak....tapi...dia minat kat Misha ke?".

"Ko cakap aku tak bijak?Ko nak aku ketuk? ha?" Razif mula buat-buat muka garang....
"tamau..tamau....hahahaa" balas Misha manja...

Misha tersenyum.Tersenyum memikirkan lelaki yang paling ego tapi hensem sudi datang menghantarkan jawapan kepadanya.Walaupun tidak menghantar secara terus kepadanya,tak kisahlah.Akhirnya persoalannya terjawab.Tiada lagi rahsia.Misha terus tersenyum.Tersenyum lebar.

Razif menjuihkan bibir kepada Misha dan terus merenung air terjun hiasan di hadapannya.Masalahnya belum selesai.Masalah berkaitan dengan dirinya.Sangat rumit.Kalau dia ada ayah dan ibu,boleh jugak dia berbincang.Ini dia tiada sesiapa.Hanya anak yatim piatu.Saudara semua entah ke mana.

Sambil merenung air terjun.,Razif menghirup teh yang dihidangkan Mak Minah.Sambil-sambil tu dia memandang Misha yang tak habis-habis tersengih.

"Abang Razif suka kat Misha tak?" Misha tiba-tiba bertanya....






Air teh bersembur keluar dari mulut Razif.....dan kena tepat-tepat ke muka Misha.....










bersambung.........ke episod terakhir selepas ini.

Monday, July 20, 2009

Tukang Kebun - 4

"Masuk lah...." jawab Razif acuh tak acuh.
"Terima kasih...." balas orang itu kembali.

Sambil duduk di atas lantai,orang itu menyerahkan sekeping fail kepada Razif.Razif mengambil fail itu dan terus membukanya.Muka Razif berkerut-kerut apabila membaca sesuatu dari dalam fail tersebut.Kemudian Razif mengeluarkan beberapa keping cek.Muka Razif kembali ceria.

"Kamu telah menjalankan tugas dengan baik....itu bayaran kamu." orang itu bersuara sambil mengeluarkan rokok.
"Tapi saya tidak boleh melakukan tugas seterusnya.Saya rasa saya tak mampu." balas Razif.

"Razif,saya percaya kamu boleh lakukannya.Saya tahu kemampuan kamu."
"Kali ini saya tidak yakin.Maaf,saya ingin berhenti."

"Kamu mempunyai kebolehan,kamu pintar.Kamu bijak.Kamu ada keistimewaan.Percayalah,kamu boleh buat." orang itu memujuk.
"Kami akan gandakan bayaran lagi kepada kamu.Itu janji kami."sambung orang itu lagi.




Razif termenung.Merenung jauh ke luar jendela.


**********


"Misha nak ke mana tu?" soal Mak Minah bila melihat Misha bergegas dengan buku-bukunya ke ruang istirehat.Misha hanya tersenyum kepada Mak Minah.Manis senyumannya.Kulitnya yang putih melepak,badannya yang cantik,mukanya yang 'fotogenik', dia adalah buah hati kepada keluarganya.Semua orang senang dengan sikapnya yang ceria dan baik.Cuma Misha agak cerewet dalam memilih sesuatu yang berkualiti.Dari bab makan,sehinggalah kepada cara berpakaian.

Misha mengendap-ngendap ke luar kawasan rumah.Tiba-tiba kelihatan Razif datang dari jauh dengan motorsikalnya.Razif masuk ke kawasan rumah Dato' seperti biasa.Motornya diletakkan di dalam stor.Razif kemudiannya bergegas ke kawasan depan rumah dato' untuk mengalihkan batu deko yang baru sampai pagi tadi.Dato' baru menelefonnya sebentar tadi dari pejabat dan menyuruhnya untuk mengalihkan longgokan batu deko tersebut ke belakang rumah.

Misha tersenyum bila melihat Razif terkial-kial mengangkat batu berat ke dalam kereta tolak.Misha membuka buku matematik tambahannya.

"Bang Razif.....Misha nak minta tolong boleh?" ujar Misha yang tiba-tiba muncul di sebelah Razif.Razif yang sedang sibuk mengangkat batu-batu berat tadi terkejut.Batu yang diangkatnya terlepas dan jatuh ke dalam kereta tolak.Kereta tolak terus terbalik dan semua batu di dalamnya berterabur keluar.

Razif mencekak pinggang.

Misha buat-buat muka kesian.Nak dipukul,dimarah,Misha tu anak majikannya.Razif menahan sabar.Misha tersengih-sengih.

"Ye tuan puteri,nak apa?"
"Minta tolong tgk-tgkkan soalan sekolah.Kalau-kalau abang Razif boleh tolong." Misha mula meminta-minta.

"Jom!" balas Razif ringkas.Misha tersenyum lebar.

Misha menunjukkan soalan matematik tambahan kepada Razif.Razif melihat soalan tersebut dengan teliti.Kemudian Razif duduk di atas kerusi.Razif mengambil kertas dan pen.Matanya memandang dengan tajam soalan yang diberi oleh Misha.

Misha melihat Razif dengan berdebar-debar.Dia mula rasa dirinya seperti di dalam cerita-cerita wayang.Bertemu seorang lelaki yang simple,merendah diri,tapi genius.Misha semakin lebar tersenyum.

Razif menulis-nulis sesuatu di atas kertas.Misha masih memandang muka Razif yang serius dan tekun menulis.Tidak sampai pun 30 saat Razif menulis.Siap menulis,Razif cepat-cepat menutup kertasnya.Misha terpinga-pinga.Dia tak sempat melihat apa yang Razif tulis.Razif tersenyum kepada Misha.

"Nak tengok apa yang saya tulis?" tanya Razif kepada Misha.
"Nak! Nak! " balas Misha yang teruja.Teruja melihat Razif menjawab soalan tadi dengan pantas.Malah tak guna langsung kalkulator.

"Kalau nak tgk,kena sebut satu perkataan."
"Apadia?"

"Kena sebut,Razif hensem!".
"Ok...deal....RAZIF HENSEM!" balas Misha pantas sambil tersenyum-senyum.

"Nah...ambil kertas ni.Study rajin-rajin." balas Razif sambil berlalu pergi.Menyambung kembali tugasnya yang tergendala tadi.Misha dengan penuh teruja mengambil kertas tersebut dan membukanya.Di atas kertas tersebut dengan jelas tertulis...


"CARI SENDIRI JAWAPANNYA.SAYA SIBUK.LAIN KALI JGN TEGUR MENGEJUT MACAM TADI."


"Arghhhhhhhhh!!!!!!..."Misha menjerit dengan nyaring..Mak Minah bergegas keluar melihat apa yang berlaku.Pakcik Salim yang sedang mengelap-ngelap kereta di bahagian depan rumah terjenguk-jenguk mencari siapa yang menjerit sambil cuba meneka-neka apa yang telah terjadi.




Razif tersenyum sinis sambil mengangkat batu.




***********


"Dato'....dato'...kita ada masalah!" ujar Fendi sambil termengah-mengah.Dia adalah antara orang kanan Dato' Mustafa.

"Kenapa?.."balas Dato' Mustafa.






bersambung........

Friday, July 17, 2009

Tukang Kebun - 3

Dato' Mustafa menggaru-garu kepalanya.Dia betul-betul hairan dengan prestasi perniagaannya sejak kebelakangan ini.Semakin lama semakin merudum.Puas difikirkan apa yang telah berlaku.Di dalam mesyuarat sebentar tadi,semua staff,orang kanannya gagal memberikan jawapan yang benar-benar kukuh.Hanya alasan 'klise' seperti kejatuhan ekonomi dunia,pelabur menarik diri dan lambakan stok di pasaran.

Alasan yang membuatkan Dato' Mustafa benar-benar tidak puas hati.Dia mahukan sebab yang lebih jelas.Perniagaan perabot yang dibinanya selama ini tidak akan dibiarkan tenat.Dia mesti mengusahakan sesuatu.Jika tidak,semua kilang-kilangnya akan ditutup jika dia gagal mendapatkan keuntungan dalam masa sebulan dua ini.

"Dato', kalau perlukan apa-apa,saya di luar ya."
"Ok,thanx Sherry."Balas Dato' Mustafa kepada pembantu peribadinya.Pembantu peribadi yang setia berdiri bersama-samanya di kala susah dan senang.Individu yang bersama-sama membangunkan perniagaan ini dari mula,sehingga mampu mengeksport perabot ke luar negara.Dato' Mustafa hanya tersenyum lemah mengenangkan liku-liku perniagaannya selama 10 tahun ini.



**********



Misha turun dari kereta yang dipandu oleh Pakcik Salim,pemandu rasmi keluarga Dato' Mustafa.Seharian di sekolah membuatkan Misha penat.Namun di sebalik rasa penat,Misha masih memikirkan siapakah yang menjawab soalan matematiknya semalam.

Misha masuk ke dalam rumah,terus menuju ke biliknya.Bersiap untuk mandi dan menukar baju.

Setelah selesai semua urusan,Misha turun untuk makan tengah hari.Selalunya hanya dia dan Mak Minah sahaja yang makan.Kadang-kadang Misha akan makan berseorangan.Hanya sekali sekala Misha akan makan tengah hari bersama mamanya, Datin Aini.Datin Aini seperti kebanyakan isteri orang berada yang lain,sibuk dengan persatuan,program kebajikan dan sebagainya.Hanya waktu malam mereka sekeluarga sempat makan bersama.Itu adalah peraturan yang dikenakan oleh Dato' Mustafa.Makan malam mesti bersama.Kecuali jika ada hal tertentu sahaja,mereka tidak akan makan bersama.

"Dah boleh jawab soalan semalam?" tanya Mak Minah sambil mencedokkan lauk kepada Misha.
"Tak boleh,tapi lepas keluar dari tandas semalam,Misha tgk ada orang dah siap bagi jawapan kepada Misha.Mak Minah nampak sesapa yang datang semalam?" soal Misha.

"Tak ada pun,sapa pulak orang tu ya? Misha tak tanya kawan-kawan sekolah.Mana tahu mereka yang hantar jawapan masa Misha ke tandas." teka Mak Minah.
"Manada lah,kat kelas tadi hanya Misha dan beberapa orang ja yang dapat jawab soalan semalam dengan tepat.Misha bukan rapat pun dengan budak-budak lain." jelas Misha.

"Misha tak puas hati,sebab bukan Misha yang jawab soalan tu." sambung Misha lagi.
"Pelik juga kan?" balas Mak Minah sambil menuangkan air kepada Misha.

"Mak Minah,batu-batu deko yang sampai semalam nak dibiarkan macam tu je ke?...ke nak saya alihkan?" tiba-tiba Razif menyapa di pintu dapur.Berpeluh-peluh badannya.
"Ishhh....tak tahu la pulak Mak Minah,nanti kamu tanya dato' sendiri lah ye? Ha,Mak Minah dah letak nasi kamu kat stor tu.Jangan lupa makan."pesan Mak Minah.

"Terima kasih ye! Hai Misha." balas Razif sambil menyapa Misha yang sedang makan.Misha hanya tersenyum membalas sapaan Razif.Razif berlalu pergi.Tiba-tiba Misha berhenti menyuap makanan.Razif? Razif yang tolong jawab soalan semalam? Betul ke tukang kebun aku yang jawab soalan yang susah tu semalam?

"Mishaaa......makan nasi tu.Jangan termenung.Tak elok."Mak Minah bersuara.Misha hanya tersenyum tawar sambil meneruskan suapannya.

"Nanti aku nak tanya dia sendiri.Betul ke dia yang jawab soalan tu semalam." bisik hati Misha.



**********

"Wahhhhhhh !!!! Lauk sedap nih!" Razif tersengih-sengih bila melihat nasi dan lauk yang dihidangkan oleh Mak Minah di dalam stor.Setelah cuci tangan,Razif pun makan dengan berselera.Berpeluh-peluh dia makan.Sudah selesai,dia mencuci semula bekas-bekas makanan tersebut,dan terus pulang ke rumah sewanya yang terletak tidak jauh dari situ.Kira-kira 10 minit menaiki motor.

Tiba di rumahnya,Razif mandi bersih-bersih.Rumahnya hanyalah sebuah bilik kecil.Bilik kecil yang disewanya sejak sebulan setengah yang lalu.Semenjak dia mula bekerja di rumah Dato' Mustafa.Senang dia nak berulang-alik ke rumah dato' kalau ada apa-apa.Lagipun sewanya murah.

Razif pegi menunaikan solat zohor.Setelah selesai,dia pun melelapkan matanya.Pukul 4 nanti dia kena ke rumah Dato' semula.begitulah rutinnya.Kadang-kadang dia tidak pulang ke rumah.Selalunya bila kerjanya banyak di rumah dato.Kalau kerja banyak,dari pagi sampai petanglah jawabnya dia di sana.

Razif melelapkan matanya.Baru matanya hendak lelap....

TOK! TOK! TOK!

Bunyi pintu biliknya diketuk.Razif bangun menuju ke pintu biliknya.Pintu dibuka.Razif terkejut.Terkejut apabila melihat orang yang mengetuk pintu biliknya tadi.Orang yang berada di hadapanya sekarang.Razif tergamam.

"Tak nak jemput saya masuk?" tanya orang itu.






bersambung.......

Thursday, July 16, 2009

Tukang Kebun - 2

Razif duduk berehat sambil minum sirap yang dibancuh oleh pembantu rumah Dato' Mustafa,Mak Minah.Kadang-kadang Razif akan berbual dengan Mak Minah.Sembang-sembang biasa.

"Kejap ja,tgk-tgk lagi 2 minggu kontrak saya habis..."
"Kamu suka ke keja sini Razif? Mak cik tgk dato tu asyik perli kamu saja....kamu boleh tahan?"

"Saya dah biasa diperli,dihina mak cik.Saya tak kesah.." balas Razif sambil tersenyum.
"Kamu memang tabah nak...." ujar Mak Minah sambil berlalu ke dapur.Razif tersenyum lagi.Dia merenung jauh.Mengenang kembali apa yang telah dicapainya pada usia yang sudah memasuki umur 19 tahun.Dia kemudiannya tersenyum sendirian.

Sudah minum,Razif pergi ke stor belakang rumah Dato' Mustafa untuk solat asar.Di situlah dia tidur sebentar jika penat dan di situ juga dia solat.Tidak pernah dia menjejakkan kaki ke dalam rumah Dato' Mustafa.Dia hanya berlegar-legar di luar sahaja.Tugasnya hanya berkisar di luar rumah.

"Razif...nanti saya nak kamu cantas dahan depan pagar tu,asyik tidurrr ja keja kamu..." Dato' Mustafa mula bersuara keras di luar stor bila sahutannya tidak dijawab oleh Razif...
"Maaf tak jawab tadi,saya sedang solat asar,bukan tidur."jawab Razif sambil keluar dari pintu stor.

"Jangan cakap banyak,aku suruh buat,buat ja lah...kamu dibayar gaji,bukan percuma."
"Baiklah dato' .." jawab Razif sambil tersenyum.

Dato' Mustafa masuk ke dalam rumah.Memang begitu sikap Dato' Mustafa,dia akan pulang ke rumah pada bila-bila masa yang dia mahu.Kalau boleh dia akan cari segala kesalahan orang dan mula marah-marah walaupun hanya melibatkan kesalahan kecil.

"Ha....kenapa ni?..masam saja muka? Baru nak amik SPM muka dah berkerut? Tu belum masuk universiti lagi tu...." ujar Dato' Mustafa setelah melihat anaknya,si Misha terkulat-kulat di meja belajar.
"Susah la soalan ni 'daddy'..." Misha menjawab sambil muncungkan mulut.

"Daddy dah antar tuisyen,dah bawak cikgu persendirian datang ke rumah,dah buat macam-macam....ada lagi masalah?" Dato' Mustafa mula mengomel.Misha diam.Dia bangun dan bawa bukunya ke depan rumah.Lepak di luar sambil ambil angin petang.Misha duduk di atas kerusi di ruang beristirehat.Ruang yang Dato' Mustafa jadikan tempat keluarganya untuk beristirehat.Lengkap dengan deko gaya bali.Ada kolam ikan,air terjun dan pelbagai hiasan lagi.Misha meletakkan bukunya dia atas meja.Angin petang memupuk lembut muka Misha.Seperti biasa,Mak Minah datang membawakan air dan kuih muih kegemaran Misha.Misha tersenyum melihat kedatangan Mak Minah.

"Kenapa muka masam-masam ni,Misha senyum pun tetap nampak masam jugak...ada masalah?" tanya Mak Minah.
"Susah la soalan ni Mak Minah.Dah banyak kali buat tetap tak dapat jawapan jugak."

"Aih...selalu boleh je jawab,kenapa budak pintar sorang ni tak dapat jawab pulak hari ni? Misha kan bijak.Mesti boleh jawab." umpan Mak Minah sambil memujuk.
"Dari tadi Misha cuba jawab soalan ni,tetap tak dapat.Pening.Matematik tambahan ni memang Misha tak pandai lah.Misha nak ke tandas la kejap." ujar Misha sambil berlalu pergi.Mak Minah hanya menggeleng-gelengkan kepala dan terus masuk ke dapur.

Setelah selesai,Misha keluar semula ke meja tadi.

Muka Misha berkerut.Jelas di hadapannya,di atas meja,ada sehelai kertas.Kertas yang penuh dengan tulisan dan lakaran.Misha mengambil kertas tersebut dan meneliti setiap baris rumus dan kiraan yang tertulis di atasnya.Lengkap dengan lakaran graf.Misha menyemak jawapan di belakang buku rujukannya.Jawapan yang tepat! Di belakang buku rujukannya hanya ada jawapan akhir,tidak disediakan langkah penyelesaian.

Misha tergamam.Siapakah yang mampu menulis penyelesaian yang panjang lebar,penuh satu mukasurat kertas,tanpa sebarang kesalahan dan dapat disiapkan dalam masa yang singkat itu? Misha merenung jauh.Fikirannya jauh merewang,meneka-neka siapakah yang telah menolongnya.Mungkinkah orang yang mendengar rintihannya tadi? Mak Minah? Tak mungkin! Daddy?..sedang tidur di ruang tamu.Mama?...Sedang bershopping di bandar.....

Angin petang terus bertiup lembut.Bertiup lembut ke muka Misha yang sempurna.Mengibas-ngibas rambutnya yang lembut dan terurus.


Tidak jauh dari situ,Razif tersenyum sendirian sambil memotong dahan pokok di pagar rumah.






bersambung.......

Wednesday, July 15, 2009

Tukang Kebun - 1

Sudah sebulan setengah Razif bekerja di rumah Dato' Mustafa.Kerja sebagai tukang kebun betul-betul buat dia gembira.Rumah Dato' Mustafa yang elit dan terletak jauh di atas bukit,buatkan Razif betul-betul selesa.Jauh dari kesesakan bandar,jauh dari jalan raya.Suasana pulak tenang.Tak seperti masa dia bekerja di KFC di KL sebelum ini,tiap-tiap hari kena redah jalan yang sesak.Sebagai orang kampung,Razif lebih selesa dengan suasana santai dan penuh dengan pokok-pokok.

Namun begitu,Dato' Mustafa bukanlah seorang yang berbudi bahasa.Sebagai orang yang berjaya,dia selalu mengutuk Razif yang dilihatnya sebagai contoh seorang remaja yang gagal.Muda-muda lagi dah kerja sebagai tukang kebun,tak ada masa depan.Dapat kerja kat rumahnya pun,sebab kebetulan Pak Hamid,tukang kebun asal rumah Dato' Mustafa jatuh sakit.Mahu tak mahu,dia terpaksa terima Razif yang kebetulan datang untuk bertanyakan tentang kerja kosong.Tak pulak dia selidik Razif tu siapa.Yang dia tahu,Razif tu anak yatim piatu.Tiada adik beradik.Dato' Mustafa bagi kontrak 2 bulan sementara menunggu Pak Hamid sembuh.

Selain Dato' Mustafa,Datin Aini,iaitu isteri Dato' Mustafa adalah seorang yang baik hatinya.Datin Aini selalu melayan Razif seseperti anaknya.Dato' Mustafa dan Datin Aini mempunyai seorang anak perempuan,Misha namanya .Sebagai anak orang elit,penampilan Misha sangat terjaga.Kecantikannya memang tidak dapat dinafikan lagi.Namun begitu,disebabkan kemewahan,dia hanya bergaul dengan orang tertentu sahaja.

Mengikut kontrak,Razif cuma ada 2 minggu sahaja lagi untuk bekerja di rumah Dato' Mustafa.Kerjanya dia perlu menjaga landskap rumah Dato' Mustafa.Dari potong rumput,siram pokok,gunting ranting-ranting pokok..semua dibuatnya.Datang awal pagi,dan pulang pada petang hari.

Suatu hari,Dato' Mustafa telah menjemput seorang lelaki datang ke rumah,seorang ahli perniagaan muda bernama Faizal,bertujuan untuk dikenalkan dengan Misha.

"Assalamualaikum Uncle.."
"Waalaikummussalamm.....jemputlah masuk." jawab Dato' Mustafa tersenyum-senyum sambil menyambut Faizal.

Ketika di dalam rumah,tidak ada menda lain yang diorang bincangkan selain dari duit,perniagaan dan kekayaan masing-masing.Tak ketinggalan juga mengusik-ngusik Faizal dengan Misha.Setelah beberapa jam,Faizal minta untuk beredar.Ketika keluar,mereka melintasi Razif yang sedang tekun menggembur tanah di tepi rumah Dato' Mustafa.

"Ha Faizal,kamu tgk tu,muda-muda lagi dah jadi tukang kebun.Orang muda-muda macam ni sepatutnya kena belajar tinggi-tinggi.Tak tahu la kalau-kalau dia nak jadi tukang kebun seumur hidup.." sindir Dato' Mustafa sambil gelak-gelak kepada Razif.

"Tu je kot yang dia boleh buat Dato'....hahaha.." Faizal menambah sambil berlalu pergi..

Razif hanya memandang sambil tersenyum kepada Dato' Mustafa dan terus menyambung kerjanya.Misha memerhatikan dari jauh.Walaupun dia memilih dalam berkawan,tapi dia tak suka merendah-rendahkan orang lain.









bersambung....