Wednesday, November 4, 2009

Khalwat - 1

"Ya tuan.Betul.Tuan datanglah ikut alamat yang saya bagi tu.Memang hampir tiap-tiap malam dia bawak balik perempuan.Kalau tuan datang,kita boleh berkas budak tu.Saya dah tak tahan tengok." Salim bercakap panjang lebar dengan pegawai JAIS.

"Baiklah,pihak kami akan berjumpa encik pada malam esok.Terima kasih atas kerjasama pihak encik Salim.Assalamualaikum." jawab dari pihak JAIS sambil meletakkan telefon.

Salim merenung panjang.Memikirkan tindakannya untuk menghalang perbuatan maksiat dari terus berlaku di taman perumahannya.Selaku ketua masyarakat di tamannya,dia perlu memastikan tiada perbuatan tidak bermoral berlaku di kawasannya.

Bulan lepas ada seorang budak bujang baru menyewa sebuah rumah di tamannya.Melalui pemerhatiannya,dalam seminggu,ada dalam dua atau tiga kali lelaki tersebut membawa perempuan pulang.Setelah berjumpa dan berbual secara rambang,didapati lelaki tersebut masih belum berkahwin.Salim tidak mahu terlalu meluru.Dia pasti perempuan yang dilihatnya bukan adik atau kakaknya.

Sudah dua minggu dia memerhatikan secara sembunyi gelagat lelaki bujang tersebut.

Lama jugak dia tak berkas orang berkhalwat ni.Paling akhir tahun lepas.Itu pun budak bujang perempuan di tamannya juga.Lepas kena tangkap mereka terus pindah.Salim berpuas hati kerana dapat mencegah perbuatan maksiat di tamannya.Penduduk taman ramai yang memujinya kerana berjaya menjalankan tanggungjawab dengan baik.

Salim menunggu dengan penuh pengharapan malam besok.Dia mahu benda ni semua di selesaikan dengan cepat.

Bersambung....

1 comment: