Friday, May 6, 2011

Persimpangan Kasih - 4 (Tamat)

Lima bulan telah berlalu setelah Shukri berkenalan dengan Balqis.Shukri sangat bahagia.

Perjalanan ke pejabat pada pagi tersebut sangat tenang.Shukri masih tersenyum-senyum.Balqis disebelahnya juga tersenyum riang.Shukri betul-betul bahagia.Sambil memandu,Shukri mula membayangkan petang nanti dia akan menjemput Balqis dari tempat kerjanya seperti biasa dan mereka akan makan malam bersama.

Namun,pada malam nanti,Shukri ada rancangan lain.Dia mahu melamar Balqis untuk menjadi suri hidupnya.Bagi Shukri,gadis secantik dan sesempurna Balqis tidak boleh dibiarkan.Ia perlu disunting segera.

Shukri tersenyum sendirian sambil terus memandu.

Ketika sedang memandu,Shukri tiba-tiba rasa tidak sedap badan.Serta-merta kaki kirinya kejang.Nafasnya turun naik.Kereta yang dipandu mula terhuyung-hayang.Shukri cuba mengawal keretanya sebaik mungkin.Ketika sedang berusaha keras mengawal kereta,kedua tangannya tiba-tiba kaku.Tidak dapat bergerak.Kereta yang dipandunya masih bergerak laju,dan,menuruni bukit yang berselekoh.

Shukri pasrah.Keretanya sudah tidak boleh dikawal lagi.Shukri memandang ke arah Balqis.Kelihatan Balqis seperti sudah pasrah dengan takdir mereka.Masa yang berlalu,dirasakan terlalu perlahan.Shukri memandang semula ke hadapan,selekoh semakin dekat.Semakin dekat dan akhirnya,kereta yang dipandu Shukri merempuh kuat penghadang jalan dan terus terjunam ke cerun di tepi jalan.Kereta berpusing beberapa kali sebelum terhenti dengan sendirinya.

Suasana sepi.

Shukri membuka mata.Kelihatan Balqis berada di sampingnya.Balqis memandangnya dengan sayu.Shukri cuba bernafas,namun dadanya rasa berat sekali.Kelihatan tangan Balqis berada di atas dadanya.

"Maafkan Balqis Shukri,Balqis perlukan nyawa Shukri untuk terus muda." Balqis menuturkan bicara sambil tersenyum penuh makna.Shukri keliru.

"Terima kasih untuk kenangan kita,tapi,Balqis perlukan nyawa lelaki,dan,inilah caranya untuk Balqis berselindung di sebalik kematian yang disebabkan oleh Balqis.Balqis tidak akan mati dalam kemalangan seperti ini.Ilmu Balqis memerlukan nyawa lelaki untuk terus berfungsi.Shukri tidurlah dengan tenang ya." pujuk Balqis penuh lembut sambil tersenyum.Tangannya menekan kuat dada Shukri.Shukri menggelepur cuba untuk menyelamatkan diri.Namun,kecederaan yang dialaminya sangat parah.

Pandangan Shukri semakin kabur.Dari jauh,kelihatan seorang lelaki muda sedang berlari ke arah keretanya.Shukri mula tersedar,itulah yang dia lakukan lima bulan yang lepas ketika cuba menyelamatkan Balqis dari kemalangan dahulu.

"Lelaki yang sedang berlari ke sini itu,Balqis sudah perhatikannya sejak dua minggu yang lepas.Dia lelaki yang seterusnya.Dia sangat sesuai.Dia akan menemankan Balqis pula selepas ini." ujar Balqis sambil tersenyum.

Kini,Shukri sedar apa yang cuba disampaikan oleh lelaki yang bersama Balqis sebelum ini.Dia menyesal kerana tidak cuba untuk mendengar apa yang cuba disampaikan oleh lelaki itu.Kini semua sudah terlambat.Walaupun Balqis kelihatan lemah-lembut,tapi,Balqis penuh dengan perancangan dan muslihat.Sesuatu yang tidak Shukri jangkakan sama sekali.

Jelas dari pandangan Shukri,ketika nyawanya di penghujung,kelihatan wajah Balqis semakin cantik berbanding sebelumnya.Dia pasti,lelaki yang sedang berlari untuk menyelamatkannya tadi akan terpaut kepada kecantikan Balqis,dan perkara yang sama akan kembali berulang.

"Encik..encik akan selamat.Saya akan selamatkan encik.Jangan risau,penumpang sebelah encik tidak cedera." Shukri dengan jelas mendengar suara lelaki muda yang cuba menyelamatkannya.

Shukri cuba sedaya upaya untuk bercakap.Tapi,beliau gagal.

Pandangan Shukri semakin kelam.

Semakin gelap.

Terus Gelap.






Tamat.


2 comments:

  1. mantap...i like the ending...

    langsung x sangka akhir dier camtu..
    thanx jamil..hehehehehe
    ^_^

    ReplyDelete
  2. I suka....
    Cepat buat movie please!!

    ReplyDelete