Thursday, February 24, 2011

Persimpangan Kasih - 2

Hari semakin cerah.Shukri bergegas bangun.Jika sebelum ini,dia bangun pukul 7.30 pagi,kini,beliau bangun 6.30 pagi.

Sudah sebulan Shukri dan Balqis mula rapat.Sejak dari kemalangan dulu,Shukri banyak membantu Balqis dalam urusan seharian.Kehilangan orang tersayang dalam hidup Balqis,memang telah banyak merubah perwatakannya.Dari seorang yang periang,Balqis bertukar menjadi pendiam dan banyak termenung.

Namun,seminggu selepas kejadian tersebut,Balqis kelihatan semakin tersenyum dengan kehadiran Shukri.Makan,minum,semuanya diambil berat oleh Shukri.Bagi Shukri,hatinya juga berbunga riang.Selain dapat menolong Balqis,sedikit demi sedikit hatinya mula terpaut pada kecantikan yanga da pada diri Balqis.

Sifat Balqis yang merendah diri dan mesra,betul-betul membuatkan Shukri lebih bersemangat untuk mendekati dan mengenali diri Balqis dengan lebih lanjut.Kesian betul memikirkan keadaan Balqis.Datang dari keluarga yang pecah belah.Hidupnya penuh ranjau sejak dari muda.Mendengar kisah dari Balqis,betul-betul membuatkan Shukri bersimpati dan bertambah sayang kepada Balqis.

Jam sudah menunjukkan 7 pagi.Shukri perlu menjemput Balqis untuk bersarapan bersama.Selepas bersarapan,Shukri akan menghantar Balqis ke tempat kerjanya.Sudah hampir sebulan mereka begitu.Shukri sangat bahagia.

Bukan sangat bahagai,malah terlalu bahagia.

Hidupnya rasa terisi.Rasa disayangi.Rasa dihargai dan diambil berat.

Jam sudah menunjukkan 7.15 minit pagi.Kereta Shukri perlahan-lahan berhenti di pintu pagar rumah sewa Balqis.Shukri membuat panggilan kepada Balqis yang berada di dalam rumah.Tidak lama kemudian,pintu rumah dibuka perlahan.Balqis keluar sambil tersenyum.

Shukri yang sedang melihat di dalam kereta,ternganga tidak berkata apa-apa.Kelihatan Balqis sangat bebeza.Jika hari lain Balqis kelihatan ayu,namun pada pagi tersebut Balqis kelihatan terlalu ayu.Dengan kebaya hijau lembutnya,bibirnya yang merah mungil,kulitnya yang putih bersih,Shukri tidak menyangka,betapa bertuahnya dia pada saat itu.

Balqis kelihatan sangat ceria dan berbeza sama sekali dari dahulu.Mungkin pada masa itu,Balqis masih bersedih dengan nasibnya yang kehilangan teman lelakinya dalam kemalangan.Namun kini,Shukri telah hadir dalam hidupnya.Dia perlu terus melangkah ke hadapan,melangkah mengatur masa depannya sendiri.

Balqis buka pintu kereta,dan duduk di sebelah Shukri.Balqis mengucapkan selamat pagi kepada Shukri.Shukri tergamam.Shukri rasa seperti mahu bercuti dan berada bersama Balqis sepanjang hari.Terlalu bahagia.Tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.

Setelah kembali ke alam nyata,Shukri memasukkan gear kereta dan bergerak menuju ke jalan besar.

Ketika baru bergerak,kereta Shukri terlanggar tong sampah kecil di tepi longkang.Balqis hanya tergelak kecil melihat Shukri yang tiba-tiba diserang darah gemuruh sebentar tadi.

Pipi Shukri menjadi merah.






bersambung.....

No comments:

Post a Comment