Friday, May 6, 2011

Persimpangan Kasih - 4 (Tamat)

Lima bulan telah berlalu setelah Shukri berkenalan dengan Balqis.Shukri sangat bahagia.

Perjalanan ke pejabat pada pagi tersebut sangat tenang.Shukri masih tersenyum-senyum.Balqis disebelahnya juga tersenyum riang.Shukri betul-betul bahagia.Sambil memandu,Shukri mula membayangkan petang nanti dia akan menjemput Balqis dari tempat kerjanya seperti biasa dan mereka akan makan malam bersama.

Namun,pada malam nanti,Shukri ada rancangan lain.Dia mahu melamar Balqis untuk menjadi suri hidupnya.Bagi Shukri,gadis secantik dan sesempurna Balqis tidak boleh dibiarkan.Ia perlu disunting segera.

Shukri tersenyum sendirian sambil terus memandu.

Ketika sedang memandu,Shukri tiba-tiba rasa tidak sedap badan.Serta-merta kaki kirinya kejang.Nafasnya turun naik.Kereta yang dipandu mula terhuyung-hayang.Shukri cuba mengawal keretanya sebaik mungkin.Ketika sedang berusaha keras mengawal kereta,kedua tangannya tiba-tiba kaku.Tidak dapat bergerak.Kereta yang dipandunya masih bergerak laju,dan,menuruni bukit yang berselekoh.

Shukri pasrah.Keretanya sudah tidak boleh dikawal lagi.Shukri memandang ke arah Balqis.Kelihatan Balqis seperti sudah pasrah dengan takdir mereka.Masa yang berlalu,dirasakan terlalu perlahan.Shukri memandang semula ke hadapan,selekoh semakin dekat.Semakin dekat dan akhirnya,kereta yang dipandu Shukri merempuh kuat penghadang jalan dan terus terjunam ke cerun di tepi jalan.Kereta berpusing beberapa kali sebelum terhenti dengan sendirinya.

Suasana sepi.

Shukri membuka mata.Kelihatan Balqis berada di sampingnya.Balqis memandangnya dengan sayu.Shukri cuba bernafas,namun dadanya rasa berat sekali.Kelihatan tangan Balqis berada di atas dadanya.

"Maafkan Balqis Shukri,Balqis perlukan nyawa Shukri untuk terus muda." Balqis menuturkan bicara sambil tersenyum penuh makna.Shukri keliru.

"Terima kasih untuk kenangan kita,tapi,Balqis perlukan nyawa lelaki,dan,inilah caranya untuk Balqis berselindung di sebalik kematian yang disebabkan oleh Balqis.Balqis tidak akan mati dalam kemalangan seperti ini.Ilmu Balqis memerlukan nyawa lelaki untuk terus berfungsi.Shukri tidurlah dengan tenang ya." pujuk Balqis penuh lembut sambil tersenyum.Tangannya menekan kuat dada Shukri.Shukri menggelepur cuba untuk menyelamatkan diri.Namun,kecederaan yang dialaminya sangat parah.

Pandangan Shukri semakin kabur.Dari jauh,kelihatan seorang lelaki muda sedang berlari ke arah keretanya.Shukri mula tersedar,itulah yang dia lakukan lima bulan yang lepas ketika cuba menyelamatkan Balqis dari kemalangan dahulu.

"Lelaki yang sedang berlari ke sini itu,Balqis sudah perhatikannya sejak dua minggu yang lepas.Dia lelaki yang seterusnya.Dia sangat sesuai.Dia akan menemankan Balqis pula selepas ini." ujar Balqis sambil tersenyum.

Kini,Shukri sedar apa yang cuba disampaikan oleh lelaki yang bersama Balqis sebelum ini.Dia menyesal kerana tidak cuba untuk mendengar apa yang cuba disampaikan oleh lelaki itu.Kini semua sudah terlambat.Walaupun Balqis kelihatan lemah-lembut,tapi,Balqis penuh dengan perancangan dan muslihat.Sesuatu yang tidak Shukri jangkakan sama sekali.

Jelas dari pandangan Shukri,ketika nyawanya di penghujung,kelihatan wajah Balqis semakin cantik berbanding sebelumnya.Dia pasti,lelaki yang sedang berlari untuk menyelamatkannya tadi akan terpaut kepada kecantikan Balqis,dan perkara yang sama akan kembali berulang.

"Encik..encik akan selamat.Saya akan selamatkan encik.Jangan risau,penumpang sebelah encik tidak cedera." Shukri dengan jelas mendengar suara lelaki muda yang cuba menyelamatkannya.

Shukri cuba sedaya upaya untuk bercakap.Tapi,beliau gagal.

Pandangan Shukri semakin kelam.

Semakin gelap.

Terus Gelap.






Tamat.


Tuesday, March 22, 2011

Persimpangan Kasih - 3

Shukri memandu dengan tenang.Semakin lama,semakin Shukri khayal dengan fantasinya sendiri.Bertuah betul rasanya dapat berkenalan dengan Balqis.Sempurna raut wajahnya,baik tutur budinya dan lemah-lembut gaya perwatakannya.Jika ditunjukkan kepada ibunya di kampung,Shukri yakin,ibunya tidak akan menolak untuk menerima menantu yang begitu sempurna.

Shukri tersenyum sendirian.

"Apa yang you senyum-senyum tu?" Balqis menyoal Shukri secara tiba-tiba.
"Eh.Tak ada apa." balas Shukri pantas.Walaupun sudah sebulan mereka kerap bertemu,Shukri masih lagi rasa segan dengan Balqis.Apatah lagi bila melihat dari sehari ke sehari Balqis bertambah cantik di matanya.

"Qis semakin lama,u nampak semakin cantik." Shukri bersuara tiba-tiba sambil memandu.
"Sebab you yang ceriakan hidup I semula.You bagi nafas kepada hidup I.Kini,I rasa betul-betul gembira dan bahagia.Terima kasih Shukri kerana hadir dalam hidup I." balas Balqis penuh lembut.

Jantung Shukri berdebar kencang.Mukanya terasa panas.Jauh di dalam hatinya,Shukri terasa sangat gembira.

Shukri sangat yakin bahawa,dia sangat bertuah kerana berjaya memiliki Balqis!

Kereta yang dipandu Shukri meluncur laju menuju ke arah pejabat Balqis.

Matahari semakin meninggi.

Awan berarak lembut.





bersambung ke episod terakhir....

Thursday, February 24, 2011

Persimpangan Kasih - 2

Hari semakin cerah.Shukri bergegas bangun.Jika sebelum ini,dia bangun pukul 7.30 pagi,kini,beliau bangun 6.30 pagi.

Sudah sebulan Shukri dan Balqis mula rapat.Sejak dari kemalangan dulu,Shukri banyak membantu Balqis dalam urusan seharian.Kehilangan orang tersayang dalam hidup Balqis,memang telah banyak merubah perwatakannya.Dari seorang yang periang,Balqis bertukar menjadi pendiam dan banyak termenung.

Namun,seminggu selepas kejadian tersebut,Balqis kelihatan semakin tersenyum dengan kehadiran Shukri.Makan,minum,semuanya diambil berat oleh Shukri.Bagi Shukri,hatinya juga berbunga riang.Selain dapat menolong Balqis,sedikit demi sedikit hatinya mula terpaut pada kecantikan yanga da pada diri Balqis.

Sifat Balqis yang merendah diri dan mesra,betul-betul membuatkan Shukri lebih bersemangat untuk mendekati dan mengenali diri Balqis dengan lebih lanjut.Kesian betul memikirkan keadaan Balqis.Datang dari keluarga yang pecah belah.Hidupnya penuh ranjau sejak dari muda.Mendengar kisah dari Balqis,betul-betul membuatkan Shukri bersimpati dan bertambah sayang kepada Balqis.

Jam sudah menunjukkan 7 pagi.Shukri perlu menjemput Balqis untuk bersarapan bersama.Selepas bersarapan,Shukri akan menghantar Balqis ke tempat kerjanya.Sudah hampir sebulan mereka begitu.Shukri sangat bahagia.

Bukan sangat bahagai,malah terlalu bahagia.

Hidupnya rasa terisi.Rasa disayangi.Rasa dihargai dan diambil berat.

Jam sudah menunjukkan 7.15 minit pagi.Kereta Shukri perlahan-lahan berhenti di pintu pagar rumah sewa Balqis.Shukri membuat panggilan kepada Balqis yang berada di dalam rumah.Tidak lama kemudian,pintu rumah dibuka perlahan.Balqis keluar sambil tersenyum.

Shukri yang sedang melihat di dalam kereta,ternganga tidak berkata apa-apa.Kelihatan Balqis sangat bebeza.Jika hari lain Balqis kelihatan ayu,namun pada pagi tersebut Balqis kelihatan terlalu ayu.Dengan kebaya hijau lembutnya,bibirnya yang merah mungil,kulitnya yang putih bersih,Shukri tidak menyangka,betapa bertuahnya dia pada saat itu.

Balqis kelihatan sangat ceria dan berbeza sama sekali dari dahulu.Mungkin pada masa itu,Balqis masih bersedih dengan nasibnya yang kehilangan teman lelakinya dalam kemalangan.Namun kini,Shukri telah hadir dalam hidupnya.Dia perlu terus melangkah ke hadapan,melangkah mengatur masa depannya sendiri.

Balqis buka pintu kereta,dan duduk di sebelah Shukri.Balqis mengucapkan selamat pagi kepada Shukri.Shukri tergamam.Shukri rasa seperti mahu bercuti dan berada bersama Balqis sepanjang hari.Terlalu bahagia.Tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.

Setelah kembali ke alam nyata,Shukri memasukkan gear kereta dan bergerak menuju ke jalan besar.

Ketika baru bergerak,kereta Shukri terlanggar tong sampah kecil di tepi longkang.Balqis hanya tergelak kecil melihat Shukri yang tiba-tiba diserang darah gemuruh sebentar tadi.

Pipi Shukri menjadi merah.






bersambung.....